Thursday, December 4, 2008

**Sahabat

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”



Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?




Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

~Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
~Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
~Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
~Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
~Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
~Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
~Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
~Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
~Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
~Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
~Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
~Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
~Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
~Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.



Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

No comments: