Saturday, December 20, 2008

**20 disember 2008


Masa nie lah yang aku paling tak suka, memperkenalkan diri. Penasihat akademik ku lalaki, payah la sikit tapi aku niatkan untuk belajar.

“ saya PA kamu semua nama saya encik mohd rosyam bin mohd zikri” katanya

Tertelan air liurku bila mendengar nama bapanya sama dengan nama abi ku…aduhh
“ sekarang saya nak kamu memperkenalkan diri bermula dari ”


“kiriiiiii” jerit pelajar lelaki


Aku membulatkan mata, kalau dari kiri bermula dari akulah. YA ALLAH lindungilah hambaMu ini. Encik syam sudah tersenyum melihat ku kerana muka ku yang merah menyala menahan malu ku harap dia faham.

“ kita mula dari kanan ya, sebab kanan tu lagi baik kan” katanya

Ya Allah, lega rasa hati ku bila dia alihkan pandanganya ke sebelah kanan. Dah la aku betul-betul duduk di hadapan mejanya. Setelah separuh memperkenalkan diri tiba pulak giliran ku…


“ nama saya siti aisyah syafiqah binti mohd zikri…asal johor…itu je rasanya” kataku

“ adik beradik.umo” ada pilak budak lelaki yang bersuara

“ dah-dah kamu jgn lebih-lebih”marah PA ku

Ku duduk sambil tersenyum…kenapalah budak sekarang nie aku pun naik tak paham…dunia..dunia

Setelah semuanya disampaikan oleh PA ku, kami semua di benarkan pulang dan hadiri kuliah mengikut jadual mulai hari esok. Pengebaraan pembelajaran ku akan bermula. 3 tahun lamanya nak tunggu….eh dok berangan pulak aku nie sehari pun belum mula kuliah dah cite yang 3 tahun…

Dalam perjalanan ku menuju ke asrama, ku lihat ade kakak-kakak yang bertudung labuh. Nak tegur takut tak tegur rugi, tapi kalau tegur nak cakap ape..hehe…tiba-tiba ade org tepuk bahu ku..



“sya sorang ke, nak pegi mana nie” kulihat yati di belakang.


“nak balik bilik la yati,lagi pun tak de ape nak buat kelas pun tak de lagi” jawabku.


“jomlah pg café,beli makan” katanya

Hati ku sebenya tak mahu,tapi kesian pulak tengok dia sorang jadi aku temankanlah sampai café.

Ramainya pelajar,aku tak biasalah..tapi…aku teman kan yati sambil aku pun beli makanan jugak..

Aku kena cepat makan kerana ade usrah nanti.kalau lewat rugilah aku.


“sya awak baru nak makan ke” sapa fiqah pada ku masa dia bukak pintu.

“a’ah la fiqah,takpe lagi pun usrah lambat lagi kan” jawab ku

Setelah siap semuanya, aku dan fiqah turun ke surau untuk hadiri usrah. Usrah nie wajib untuk pelajar-pelajar sem 1. dari jauh ku dapat melihat kakak-kakak tudung labuh sedang menyambut pelajar-pelajar baru.





Seindah hiasan adalah wanita solehah



Sedang kami semua menunggu ustazah, tiba-tiba ada sorang kakak hampiri ku..tudungnya sama warna dengan aku Cuma muka tak sama la,kalau sama mau nya pengsan aku..hehe..


“ assalamualaikum, adik sapa nama” Tanya nya


Ku dapat lihat ade kakak –kakak yang tersenyum dari jauh


“nama, cuba teka ” kataku sambil tersenyum


“ish main teka-teka pulak dia” katanya


“panggil sya je”jawabku


Dia memandang ku sambil tersenyum. Tak sempat lagi kami nak berborak ustazah dah sampai..

Kami mulakan majlis denga umul kitab Al-Fatihah..


“ustazah nak ucapkan selamat dating kepada kamu semua, sebelum ape-ape berlaku ustazah nak sentuh tentang aurat” katanya

Masing semua dah lihat kiri kanan, melihat ada ke sahabat-sahabat yang memakai baju pendek. Tapi aku dapat lihat tadi tak de sebab hadiri usrah nie kena menutup aurat.
**bidadari

No comments: