Tuesday, August 18, 2009

salam kembali

assalamualaikum
lama benar rasanya tak melawat blog sendiri..
syukran kepada sahabat yg sudi menghadirkan diri di blog ana dan
menitipkan sedikit pesanan.


kehidupan baru ana membawa seribu erti dalam kehidupan sebenar.
syukran YA ALLAH kerana memberi ku hadiah yang begitu tinggi nilainya.
buat sahabt doakan ana dan keluarga bahagian hingga ke syurga.




baru nie ana ada pergi ke pangkor



nie ape namanya..hehhe
ferikan...
hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan ana menaiki feri tu..
kalau naik kapal selam tak tau la ape rasa.



nie tempat amek teksi nak pegi tempat menginap.

nampak tak van tu, tu la teksi

dekat situ juga ada disediakan motor untuk disewa.

kepada sahabat yang ingin menikmati keselesaan teksinya silalah lawat ke pulau pangkor.


ana hendak undur diri

ada masa ana hantaq lai post baru

syukran

Saturday, April 25, 2009

kegelisahan

assalamualaikum
hari nie..hari nie dan hari nie...

kegelisahan hati membawa kepada kedukaan
bila berduka membawa kepada permasaalahan
bila dah bermasaalah mula lah macam-macam terkeluar dari kotak minda..

saje jalan kat blog nie..terasa ingin post sesuatu tapi no idea...
walau ape pun ana cuba cari satu bahan yg boleh menenangkan fikiran..hIhiHI

semalam - 24 april 2009
ana dgr ikim, topik pagi salam jumaat tentang sifat tak malu
bermanfaat untuk ana dan semua tapi tak sempat nak amek
note ape yg dibicarakan sbb sibuk mendengar huhuhu...
pada ana tentang sifat tak malu nie..
hamba Allah di dunia nie memang semua ade sifat
malu kalau tak de lansung sifat malu tu dah lain cerita jadinya..
ade juga segelintir yg punya sifat tak malu
macam cnth yg dibicarakan tentang remaja
sekarang yg bukak aurat sesuka hati, pakai baju kecik, pakai seluar pendek, tak pakai tudung..nie lah dikatakan sifat tak malu, agama islam tu..


dan juga di bicarakan tentang bertanya atau menuntu ilmu,
tentang ini kalau kita punya sifat tak malu tak mengapa
sbb kita nak dapatkan ilmu yg baik bukan nak mencuri...
org kata malu bertanya sesat jalan so dalam menutut ilmu
tak perlu ada sifat malu untuk bertanya...
lagi satu ade kala kita nie malu nak menegur kesalahan org,
amal maaruf nahi mungkar.
sbnya kita tak perlu malu kalau nak menegur sekiranya
nampak seorang hamba tu bukak aurat ke atau bercakap kasar dgn org tua ke,
malah kita di galakkan menegur dan mencegah..

sebenarnya ana pun payah nak menegur,
tapi itulah hakikat sebenar hidup didunia ini
jika tak menegur akan disoal jika menegur macam2 yg jadi..
ALLAH HU AKHBAR
hina rasa diriku ini di sisi Mu YA ALLAH





iman seseorang hamba Allah tidak akan lurus,
sebelum hatinya lurus,
dan hatinya tidak akan lurus,
sebelum lidah nya menjadi lurus,

mendalam maknanya tu...
hati seorang hamba ALLAH mestilah lurus,
bersih dari segala kekotoran baru dapat memiliki iman yg sebenar-benar iman...
untuk mendapat hatinya bersih, lurus dari segala kekotoran itu,
hamba ALLAH ini hendaklah punyai lidah yg lurus maknanya lidah yg tidak mengeluarkan percakapan yg boleh menggelapkan hati...

LIDAH -> HATI -> IMAN

sejuk mata bila melihat kamu wahai si kecil
mata mu, pipi mu, bibir mu, senyum mu..
ku kira perjalanan mu masih jauh
sayup menuju ke hadapan
biarlah cahaya keimanan menanti mu di hadapan
aku tidak mahu kau lalui cahaya kegelapan
biarlah kau di kelilingi hamba-hamba Allah yg bertakwa
ku tidak mahu kau di kelilingi org-org yg bertopeng palsu





Tuesday, April 14, 2009

Hari Ini

jumpa lagi dalam roda impian....hihihihi apa lah yang mengarut nie....
sebelum tu nak cakap
assalamualaikum kepada semua sahabat yg sudi ziarah blog ana.
syukran ye.
bermulalah cerita..tak tau nak cakap rasa apa sebenarnya sedih ke marah ke, kenapa nie semua terjadi ( aduhai ayat )..tak da sebenarnya nak cakap semalam ana buat tag yang dah berkurun lamanya dalam blog nie, ana di tag oleh cik Mastura (maaf ye mas sbb lambat siapkan assg mu)
buat punya buat punya buat, dah siap tapikan bila post dia jadi tak cantik, tulisan tu lari kat new page, tak tau la bape kali edit gak nya tapi tak menjadi jugak..sebenarnya tak penting pun benda tu hihihi tak dalah sampai ana mengamuk..tapikan kepada sesiapa yg boleh membantu, hulurkan bantuan anda...ok habis cite pasal tag tag tag tag

nak bukak cite baru pulak nie....

tak lama lagi imtihan hampir menjelma..ade yang mula bulan april..ade yang mula bulan mei..
ada yang dah mula kot..kepada semua sahabat ku yang berada di serata dunia tak kiralah kolej ke,u ke, yang buat pjj ke..


SELAMAT MENEMPUHI MINGGU PEPERIKSAAN
SEMOGA BERJAYA
BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTTIHAN

bukan nak kata ana tak dak imtihan, lagi mencabar rasanya kot (hehehhe)
ape pun doa itu penting, walaupun kita gagal tak bermakna kita kalah dan bila kita berjaya tak semestinya kita menang. setiap ujian Allah pasti ada hikmahnya. setiap ketentuan yang ditakdirkan yang pastinya sudah tertulis untuk kita, jadi doa tu penting, doa tu kan senjata orang mukmin..usaha doa dan tawakal..untuk ana jugak..
kepada semua sahabat jangan bersedih, hepy-hepy kan diri anda untuk hadapi ujian yg bakal menjelma nant, bukan takat ujian yg jawapanya di tulis di atas kertas malah ujian yang hari-hari kita lalui mungkin ada yang tak perasan kot, itulah dia UJIAN DARI ALLAH...
usah gelisah apabila di benci manusia
kerana ada yang masih menyayangi kita di dunia
tetapi gelisahlah apabila di benci Allah
kerana tiada siapa yang menyayangai kita di akhirat sana
oklah tu je nak kongsi hari nie
jumpa lagi bila ya...tggu jelah kot..

Pahit Getirnya Percintaan

Doktor Parsi

...etelah Ni'ma kembali ke rumah, dia merasa sangat sedih dan putus asa. Saat itu usianya baru empat belas tahun, dan di wajahnya belum tumbuh bulu sehelai pun. Dia mengasingkan dirinya dan menangis dan meratap hingga pagi, ketika ayahnya mendatanginya dan berkata:
“Nak, Al-Hajjaj telah menipu kita dan membawa pergi gadis itu, tapi Tuhan selalu memberikan pertolongan setiap saat.”

Tapi kesedihan Ni'ma semakin besar, sehingga dia tidak tahu apa yang dikatakannya atau siapa yang datang menemuinya, dan dia jatuh sakit dan keadaannya memburuk sampai ayahnya putus asa terhadapnya, sebab semua doktor yang datang mengunjunginya berkata, “Tidak ada ubat untuknya kecuali gadis itu.”

Suatu hari, ayahnya mendengar tentang seorang doktor Parsi yang ahli, yang khabarnya sangat menguasai ilmu perubatan, dan ahli perbintangan. Al-Rabi' mengundangnya, dan ketika dia datang, dia menyuruh duduk di sampingnya, melayannya dengan sopan, dan berkata padanya, “Periksalah puteraku.”

Doktor itu berkata kepada Ni'ma, “Hulurkan tanganmu.” Ni'ma menghulurkan tangannya, dan dia meraba sendi-sendinya, menatap wajahnya dan tertawa, sambil berpaling pada Al-Rabi', dia berkata, “Satu-satunya ubat bagi puteramu ada di dalam hatinya.”

Al-Rabi' berkata, “Engkau benar, doktor. Kerahkan seluruh kemampuanmu pada semua segi dalam kes ini dan katakan padaku, tanpa menyembunyikan apa pun dariku.”

Orang Parsi itu berkata, “Dia jatuh cinta pada seorang gadis yang mungkin di Basrah atau Damsyik, dan satu-satunya ubat baginya hanyalah bertemu lagi dengan gadis itu.”

Al-Rabi' berkata, “Jika engkau boleh menyatukan mereka, aku akan memberimu sesuatu yang akan membuatmu sangat senang, dan engkau akan menjalani sepanjang hidupmu dalam kemakmuran dan kebahagiaan.”

Orang Parsi itu berkata, “Ini mudah dan dapat diselesaikan dengan cepat.” Lalu dia kembali pada Ni'ma dan berkata, “Engkau akan sembuh, maka bergembiralah dan rehatlah.” Lalu dia berkata kepada Al-Rabi', “Berikan padaku wang empat ribu dinar,” dan Al-Rabi' mengeluarkan wang itu dan memberikannya pada doktor Parsi itu, yang berkata padanya:
“Aku ingin mengajak puteramu mengadakan perjalanan bersamaku ke Damsyik, dan insya Allah, aku tidak akan kembali dari sana tanpa gadis itu.” Lalu dia berpaling pada Ni'ma dan bertanya padanya, “Siapa namamu?"

Ni'ma menjawab, “Ni'ma.”

Doktor Parsi berkata padanya, “Teguhkan hatimu, dan bergembiralah, dan makan dan minumlah untuk memperkuat dirimu dalam menempuh perjalanan, sebab kita akan berangkat menuju Damsyik hari ini juga.”

Lalu orang Parsi itu mulai mempersiapkan perbekalan yang diperlukan untuk perjalanan, setelah mendapatkan dari ayah Ni'ma wang sebanyak sepuluh ribu dinar, serta kuda-kuda dan unta-unta serta binatang-binatang pembawa beban lain untuk membawa barang-barang.

Ni'ma mengucapkan selamat tinggal pada ayah dan ibunya dan pergi bersama doktor itu menuju Aleppo, tapi mereka tidak mendengar berita tentang Nu'am di sana. Mereka meneruskan perjalanan hingga mereka tiba di Damsyik.

Orang Parsi itu menyewa sebuah kedai, dan setelah menghiasi rak-raknya dengan hiasan-hiasan yang indah dan mahal, dia memenuhinya dengan barang-barang kaca dan kain-kain penutup. Selain itu, dia meletakkan di depannya botol-botol kaca berisi segala macam dan ubat yang dikelilingi cangkir-cangkir kristal dan dengan mengenakan pakaian doktor dia duduk di kedainya dengan alat peneropong bintang di depannya.

Lalu dia mendandani Ni'ma dengan kemeja sutera dan mengikat pinggangnya dengan tali sutera, yang disulam dengan benang emas. Dia menyuruh Ni'ma duduk di hadapannya dan berkata padanya, “Ni'ma, sejak hari ini dan seterusnya, engkau menjadi anak lelakiku. Maka jangan memanggilku dengan nama lain kecuali ayah, dan aku akan memanggilmu anak.”

Ni'ma menjawab, “Aku mendengar dan patuh.”

Ubat Yang Diberkati

Orang-orang Damsyik mula berkumpul di depan kedai orang Parsi itu, menatap keelokan wajah Ni'ma dan keindahan kedai tersebut beserta barang-barang yang dipamerkan di sana, sementara sang doktor berbicara dalam bahasa Parsi dengan Ni'ma, yang juga menjawabnya dengan bahasa Parsi, sebab dia telah mempelajarinya, seperti yang biasanya dilakukan oleh laki-laki dari keluarga-keluarga terkemuka.

Orang Parsi itu menjadi terkenal di kalangan masyarakat Damsyik yang ramai berdatangan kepadanya dan mengubati penyakit-penyakit mereka. Selain itu, mereka membawakan padanya air kencing dari orang yang sakit, dan dia akan memeriksanya dan berkata, “Orang yang air kencingnya seperti ini menderita penyakit ini,” dan orang yang sakit akan berkata, “Ini benar.”

Dia meneruskan praktiknya di kalangan masyarakat Damsyik, yang beramai-ramai mendatanginya hingga kemasyhurannya tersebar ke seluruh kota dan memasuki rumah-rumah kalangan terkemuka. Suatu hari, ketika dia duduk di kedainya, seorang wanita tua mendekatinya, dengan mengenderai seekor keldai, dengan pelana terbuat dari kulit yang dihiasi permata.

Dia berhenti di kedai, dan setelah menarik tali keldainya, berjalan mendekatinya, sambil berkata, “Peganglah tanganku.” Dia memegang tangan wanita tua itu, sementara si wanita turun dari keldainya dan berkata, “Apakah engkau doktor Parsi yang datang dari Irak?”

Dia berkata, “Ya.”

Wanita tua itu berkata, “Aku mempunyai seorang puteri yang sedang sakit,” sambil mengeluarkan sebotol air kencing. Setelah memeriksanya, orang Parsi itu bertanya, “Katakan padaku siapa namanya, agar aku dapat memperhitungkan dan mengetahui saat yang paling tepat untuk memberinya ubat.”

Wanita itu menjawab, “Wahai orang Parsi, namanya adalah Nu'am.”

Ketika dia mendengar nama itu, dia terus menghitung dan menulis di tangannya dan seterusnya berkata padanya, “Aku tidak dapat memberinya ubat apa-apa kecuali jika aku tahu di negeri mana dia dibesarkan, kerana adanya perbezaan iklim, dan berapa umurnya.”

Wanita tua itu berkata, “Dia berumur empat belas tahun, dan dia dibesarkan di kota Kufah.”

Dia bertanya, “Sudah berapa bulan dia berada di negeri ini?"

Wanita itu berkata, “Dia baru beberapa bulan di sini.”

Ketika Ni'ma mendengarnya dan nama gadis itu disebut-sebut, jantungnya berdetak kencang. Orang Parsi itu berkata kepada si wanita tua itu, “Ubat ini dan ini akan sesuai untuknya.”

Wanita tua itu berkata padanya, “Maka berikanlah ubat itu padaku dengan berkah dari Tuhan yang Maha Kuasa,” sambil menyerahkan padanya sepuluh dinar.

Doktor Parsi itu berpaling pada Ni'ma dan memerintahkannya untuk mempersiapkan ubat, sementara wanita tua itu memandangnya dan berseru, “Wahai anak lelaki, engkau kelihatan serupa seperti puteriku. Semoga Tuhan melindungimu!” Lalu dia bertanya pada orang Parsi itu, “Apakah pemuda ini hamba Mamluk atau anak lekakimu?”

Orang Parsi menyahut, “Dia anak lelakiku.” Ni'ma memasukkan ubat kedalam kotak, dan setelah mengambil kertas, menuliskan baris-baris berikut ini: Jika Nu'am memberiku sekilas pandangan,
aku akan tersentuh
Jika ada yang berkata, “Lupakan dia dan kau akan
mendapatkan dua puluh orang yang seperti dia.”
Tapi aku tidak akan pernah melupakannya,
tak akan pernah menemukan yang seperti dia. Lalu Ni'ma menyelipkan kertas itu ke dalam kotak, dan setelah melekatkannya, menuliskan di atas tutupnya tulisan, “Aku Ni'ma Ibn Al-Rabi' dari Kufah”. Lalu dia meletakkan kotak itu di depan si wanita tua yang mengambilnya, dan setelah mengucapkan selamat tinggal pada mereka, pergi ke istana khalifah.

Wanita tua itu terus menjumpai Nu'am, dan setelah meletakkan kotak itu di depannya, berkata, “Wahai Tuan Puteri, telah datang ke kota kita seorang doktor Parsi, dan aku belum pernah bertemu dengan orang yang lebih pandai daripada dia dalam ilmu perubatan.

Ketika aku tunjukkan padanya botol itu dan menyebutkan namamu, dia segera mengetahui penyakitmu dan memberikan ubatnya. Lalu dia memerintahkan puteranya untuk menyiapkan ubat untukmu. Di Damsyik ini tidak ada pemuda yang lebih tampan, lebih menawan, atau lebih indah pakaiannya daripada putera doktor itu, juga tidak ada kedai lain yang menyerupai kedainya.”

Nu'am mengambil kotak itu, dan ketika mendapati nama-nama dari tuan dan ayahnya yang tertulis pada tutupnya, warna kulitnya berubah dan dia berkata pada dirinya sendiri, “Tak diragukan lagi, pemilik kedai ini telah datang untuk mencariku.” Lalu dia berkata kepada si wanita tua, “Gambarkan padaku pemuda ini.”

Wanita tua itu menyahut, “Namanya Ni'ma, dia mengenakan pakaian yang bagus, sangat tampan, dan mempunyai tanda di alis mata kanannya.”

Nu'am berkata, “Berikan ubat itu, dengan rahmat dan bantuan Tuhan yang Maha Kuasa.” Dia mengambil ubat itu dan menelannya, sambil tertawa, seraya berkata, “Ini adalah ubat yang diberkati.”

Lalu dia mencari-cari di dalam kotak, dan menemukan kertas itu. Maka dia membukanya dan membacanya, dan ketika dia memahami maknanya, dia yakin bahawa ianya ditulis oleh tuannya, dan dia merasa sangat senang dan menjadi riang gembira.

Ketika wanita tua itu melihatnya tertawa, dia berkata padanya, “Ini hari yang diberkati,” dan Nu'am menyahut, “Ya. Kini aku ingin makan dan minum.” Maka wanita itu berkata kepada para pelayan istana, “Bawa hidangan dengan makanan-makanan yang lazat untuk tuan puterimu.” Mereka membawakan makanan, dan dia duduk untuk makan.

Pada saat itu, Abd-al-Malik Ibn Marwan masuk, dan ketika dia memandang Nu'am dan melihatnya duduk dan makan, dia merasa senang. Wanita tua itu berkata padanya:
“Wahai Amirul Mukminin, selamat atas kesembuhan hamba paduka. Seorang doktor telah datang ke kota ini dan hamba belum pernah bertemu dengan orang yang lebih pandai dalam ilmu perubatan di banding dirinya. Hamba membawakan Nu'am ubat darinya, dan dia hanya meminumnya sekali dan terus sembuh.”

Khalifah berkata padanya, “Ambil seribu dinar dan gunakan itu untuk menyembuhkannya sepenuhnya.” Lalu dia keluar, merasa gembira melihat kesembuhan Nu'am. Wanita tua itu kembali mendatangi kedai sang doktor dengan wang seribu dinar dan memberikannya padanya, sambil mengatakan bahawa dia adalah wanita utusan khalifah dan menyerahkan padanya kertas yang telah ditulis oleh Nu'am.

Sang doktor menerimanya dan memberikannya kepada Ni'ma, yang ketika dia melihatnya, mengenali tulisan tangan itu dan jatuh pengsan. Ketika dia sedar, dia membuka kertas itu dengan mendapati tulisan di dalamnya yang berbunyi: “Dari gadis hamba korban penipuan yang telah terampas kebahagiaannya, dan dipisahkan dari kekasih hatinya. Suratmu telah sampai paduka, dan telah membuatku gembira dan menyenangkan hatiku.”

Menyamar Sebagai Wanita

Ketika Ni'ma membaca surat dari kekasihnya, dari matanya mengalir air mata, dan wanita tua itu bertanya padanya, “Nak, mengapa kamu menangis? Semoga Tuhan melindungi matamu dari tangisan!"

Orang Parsi itu berkata: “Bagaimana dia tidak akan menangis, sedangkan gadis itu adalah gadis hambanya, dan dia adalah pemilik gadis itu, iaitu Ni'ma Ibn Al-Rabi' dari Kufah. Sesungguhnya, kesembuhan gadis itu tergantung pada kesempatan untuk bertemu dengannya, sebab satu-satunya ubat baginya adalah kecintaannya kepadanya.
“Simpanlah wang seribu dinar itu (dan engkau akan menerima dariku lebih banyak dari ini), dan kasihanilah kami, sebab kami tidak mempunyai cara lain untuk mengatasi keadaan ini kecuali melalui bantuanmu.”

Wanita tua itu bertanya pada Ni'ma, “Apakah engkau benar-benar tuannya?"

Ni'ma menjawab, “Ya.”

Wanita tua itu berkata, “Engkau berkata jujur, sebab dia tak henti-hentinya menyebut-nyebutmu.”

Lalu Ni'ma menceritakan padanya apa yang terjadi dari awal hingga akhir, dan wanita tua itu berkata padanya, “Anak muda, engkau tidak akan bertemu kembali dengannya kecuali melalui pertolonganku.”

Lalu dia menaiki keldainya dan segera kembali ke istana, dan ketika mememui gadis itu, dia memandang wajahnya, tertawa, seraya berkata, “Wahai Puteriku, engkau berhak menangis dan jatuh sakit kerana berpisah dari tuanmu Ni'ma Ibn Al-Rabi' dari Kufah.”

Nu'am berkata, “Selubung telah dibuka, dan kebenaran telah dibukakan kepadamu.”

Wanita tua itu berkata, “Bergembira dan rehatlah, sebab demi Tuhan, aku akan menyatukan kalian, bahkan jika itu harus kutebus dengan nyawaku.” Lalu dia kembali menjumpai Ni'ma dan berkata padanya, “Aku menemui gadis kekasihmu dan mendapati bahawa dia merindukanmu lebih dari pada engkau merindukannya, sebab Amirul Mukminin ingin mengunjunginya, tapi dia menolak bertemu dengannya.”

“Jika engkau mempunyai keteguhan hati dan keberanian, aku akan mengambil risiko dan mempertemukan kalian, dengan menyusun strategi untuk memasukkanmu ke istana khalifah, tempat engkau akan bertemu dengannya, sebab dia tidak boleh keluar.”

Ni'ma berkata, “Semoga Tuhan memberikan pahala kepadamu.” Lalu wanita itu mengucapkan selamat tinggal padanya, “Tuanmu hampir mati kerana cintanya padamu, dan dia ingin bertemu denganmu. Bagaimana pendapatmu?"

Nu'am menjawab, “Aku pun hampir mati kerana cinta dan ingin bertemu dengannya.”

Maka wanita tua itu memasukkan pakaian wanita dan beberapa hiasan serta permata ke dalam sebuah bungkusan, dan ketika menemui Ni'ma dia berkata padanya, “Mari kita ke suatu tempat agar tidak dilihat orang.”

Ni'ma membawanya ke sebuah bilik di belakang kedai, lalu mendandani Ni'ma sebagai seorang gadis, menghiasi wajahnya bedak wangi, menyikat rambutnya, memasang gelang di pergelangan tangannya, dan melengkapinya dengan hiasan-hiasan paling indah yang biasa dikenakan gadis-gadis hingga dia nampak seperti salah seorang perawan syurga.

Ketika dia memandang penampilan pemuda itu, dia berseru:
“Terpujilah Tuhan, Pencipta yang paling baik. Demi Tuhan, engkau adalah gadis yang paling cantik!” Lalu dia berkata padanya, “Berjalanlah dengan bahu kirimu ke depan, dan goyangkan pinggulmu.”

Pemuda itu berjalan di depan wanita tua itu memberikan petunjuk-petunjuk, dan ketika dia menyaksikan bagaimana pemuda itu berjalan layaknya seorang wanita, dia berkata:
“Tunggu sampai aku kembali esok malam dan, insya Allah, aku akan membawamu ke istana. Jika engkau melihat para pangeran dan pelayan, jangan takut, tapi tundukkan kepalamu dan jangan bicara dengan sesiapa pun, sebab akulah yang berbicara untukmu, dan semoga Tuhan memberi kita kemenangan.”

Keesokan harinya, wanita itu datang kepadanya dan membawanya ke istana. Dia masuk ke istana mendahului pemuda itu, dan Ni'ma mengikutinya. Para pengawal hampir sahaja akan menghentikannya tapi wanita tua itu berkata:
“Wahai yang mulia, ini adalah gadis hamba untuk Nu'am, kesayangan khalifah. Berani sekali engkau menghalangnya untuk masuk?” Lalu dia berkata pada Ni'ma, “Masuklah.”

Ni'ma berjalan bersamanya sampai mereka tiba di dekat pintu menuju halaman dalam istana. Wanita tua itu berkata padanya,
“Ni'ma kumpulkan kebulatan tekadmu dan keberanianmu, dan masuklah ke istana.”
“Berbeloklah ke kiri, hitung lima pintu, dan masukilah pintu yang keenam, sebab itulah pintu istana yang dipersiapkan untukmu. Jangan takut, dan jika ada yang mengajakmu berbicara, jangan layani.”

Lalu dia berjalan bersamanya hingga mereka tiba di pintu-pintu itu, tapi pelayan yang ditugaskan untuk mengawal tempat itu bertanya padanya, “Siapakah gadis ini?”

Wanita tua itu menjawab, “Junjungan kita ingin membelinya.” Pelayan itu berkata, “Tak seorang pun boleh masuk tanpa izin Amirul Mukminin. Kembalilah bersamanya, sebab aku tidak membiarkannya masuk. Ini perintahku.”

Wanita tua itu berkata, “Wahai ketua pengawal, pakailah otakmu. Nu'am adalah gadis khalifah, yang menyayanginya dan sangat bahagia melihat kesembuhannya, dan gadis itu ingin membeli hamba ini. Jangan halangi dia untuk masuk, sebab Nu'am mungkin akan mendengarnya dan menjadi marah terhadapmu dan membuatmu kehilangan kepala.”

Lalu dia berkata pada Ni'ma, “Masuklah, jangan peduli pelayan itu, dan jangan katakan pada junjunganmu bahawa dia berusaha menghalangimu masuk.” Ni'ma menundukkan kepalanya dan masuk, tapi bukannya membelok ke kiri, dia membelok ke kanan tanpa sengaja, dan bukannya menghitung lima pintu dan memasuki pintu keenam, dia menghitung enam pintu memasuki pintu ketujuh.

Ketika sudah berada di dalam, dia mendapati dirinya di sebuah tempat yang lantainya dilapisi kain merah dengan tirai-tirai sutera yang dihiasi emas tergantung di dinding. Ada beberapa kayu gaharu, kasturi yang wangi, dan pada hujung ruangan yang ada sebuah sofa yang dilapisi kain merah.

Ni'ma duduk di atas sofa, sambil memikirkan keadaannya, tanpa menyedari apa yang telah ditakdirkan Tuhan untuknya, ketika tiba-tiba saudara perempuan khalifah masuk, diikuti oleh pelayannya.

Ketika dia melihat pemuda itu, dia mengiranya sebagai seorang gadis hamba, dan sambil mendekatinya, dia bertanya, “Siapakah engkau, dan mengapa engkau di sini?"

Ni'ma tidak menjawab, dan wanita itu berkata kepada pelayannya, “Berdirilah di pintu, dan jangan biarkan siapa pun masuk.” Lalu dia mendatangi Ni'ma dan menatap keelokan wajahnya dan berkata, “Gadis muda, katakan padaku siapa dirimu, siapa namamu, dan mengapa engkau ada di sini, sebab aku tidak pernah melihatmu di istana sebelum ini.”

Ketika Ni'ma tidak menjawab, dia menjadi marah, dan ketika meletakkan tangannya di dada Ni'ma, dia mendapatinya tidak ada payudara, dan bemaksud akan melepaskan pakaian luarnya, untuk mengetahui siapa dirinya, tapi Ni'ma itu berkata padanya, “Wahai Tuan Puteri, aku adalah hambamu, dan hamba bergantung pada belas kasihmu; belilah hamba dan lindungi hamba.”

Wanita itu berkata, “Engkau tidak akan dizalimi, tapi siapakah engkau, dan siapa yang membawamu ke dalam bilikku?"

Ni'ma menjawab, “Wahai Puteri, nama hamba Ni'ma Ibn Al-Rabi' dari Kufah, dan hamba telah mempertaruhkan nyawa hamba demi gadis hamba yang bernama Nu'am yang diculik Al-Hajjaj melalui tipu daya dan dibawa ke sini.”

Wanita itu berkata kepadanya lagi, “Engkau tidak akan dizalimi.” Lalu dia memanggil pelayannya dan berkata padanya, “Pergilah ke bilik Nu'am.”

Wanita pelayan tua itu pergi ke bilik Nu'am dan bertanya padanya, “Sudahkah tuanmu mendatangimu?"

Nu'am menjawab, “Belum, demi Tuhan.”

Dia berkata, “Dia mungkin keliru jalan dan memasuki bilik lain.”

Nu'am menjerit, “Tidak ada kekuatan dan kekuasaan kecuali di tangan Tuhan yang Maha Kuasa, Maha Besar! Waktu untuk kami telah ditentukan, dan kami akan binasa.”

Ketika mereka sedang duduk sambil berfikir, pelayan sang puteri masuk, dan setelah memberi hormat pada Nu'am, dia berkata padanya, “Junjungan hamba mengundangmu ke biliknya.”

Nu'am menjawab, “Aku mendengar dan patuh.”

Wanita tua itu berkata kepada Nu'am, “Mungkin tuanmu ada bersama saudara perempuan khalifah, yang berkata padanya, “Inilah tuanmu, sedang duduk bersamaku. Nampaknya dia telah memasuki bilikku tanpa sengaja, tapi insya Allah, kalian tidak akan dizalimi.”

Ketika Nu'am mendengar kata-kata saudara perempuan khalifah, rasa takut hilang, dan dia mendekati tuannya Ni'ma, dan ketika pemuda itu melihatnya, dia bangkit, dan mereka masing-masing saling berpelukan dan jatuh pengsan.
Ketika mereka sedar, saudara perempuan khalifah berkata kepada mereka, “Duduklah di sini sampai aku menemukan jalan keluar dari masalah ini.”

Mereka menyahut, “Kami mendengar dan patuh. Nasib kami ada di tanganmu.”

Wanita itu berkata, “Demi Tuhan, aku tidak ada niat apa-apa kecuali niat baik terhadap kalian.” Lalu dia berkata kepada pelayannya, “Bawakan makanan dan minuman,” dan ketika pelayan itu membawakan makanan dan minuman, mereka makan sampai kenyang. Lalu mereka duduk untuk minum, sambil menggilirkan cangkir keliling, sampai mereka melupakan segala kesedihan. Tapi Ni'ma berkata, “Aku ingin tahu apa yang akan terjadi seterusnya.”

Saudara khalifah bertanya padanya, “Ni'ma apakah engkau mencintai Nu'am?"

Ni'ma menjawab, “Wahai Tuan Puteri, cinta hamba kepadanyalah yang telah mendorong hamba mempertaruhkan nyawa hamba.”

Lalu dia bertanya kepada Nu'am, “Nu'am, apakah engkau mencintai tuanmu Ni'ma?"

Nu'am menjawab, “Wahai Tuan Puteri, cinta hamba kepadanyalah yang membuat jatuh sakit dan menyia-nyiakan tubuh hamba.”

Lalu sang puteri berkata, “Demi Tuhan, kalian saling mencintai, dan semoga tidak ada seorang pun yang memisahkan kalian. Bergembira dan bersenang-senanglah.”

Mereka sangat senang mendengarnya, dan Nu'am meminta sebuah kecapi, dan ketika kecapi dibawakan untuknya, dia memainkannya dan menyanyikan syair-syair yang indah dan menyenangkan.

Lalu dia menyerahkan kecapi kepada tuannya Ni'ma dan berkata, “Bernyanyilah untuk kami,” dan Ni'ma memainkannya dan menyanyikan syair-syair yang indah dan menghibur.

Ketika dia selesai menyanyikan beberapa syair, Nu'am mengisi cangkir dan memberikannya kepada Ni'ma, dan dia meminumnya. Lalu dia mengisi cangkir yang lain dan menyerahkannya kepada saudara perempuan khalifah, yang meminumnya dan menunjukkan kesenangannya.

Pertemuan dengan Khalifah

Mereka terus bernyanyi dan minum bersama dengan alunan merdu suara kecapi, penuh kegembiraan dan keriangan, ketika tiba-tiba Amirul Mukminin masuk. Begitu mereka melihatnya, mereka berdiri dan mencium tanah di depannya.

Ketika lelaki itu memandang Nu'am dan melihatnya memegang kecapi di tangan, dia berkata padanya, “Wahai Nu'am, alhamdulillah, Tuhan telah menyembuhkanmu dari penyakitmu.” Lalu, ketika menatap Ni'ma, yang masih berpakaian wanita, dia bertanya, “Adik, siapakah gadis yang duduk di samping Ni'ma ini?"

Saudara perempuannya menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, dia adalah salah seorang selirmu, sahabat dekat Nu'am yang tidak mahu makan atau minum tanpa dia.”

Khalifah berkata, “Demi Tuhan yang Maha Besar, dia sama cantiknya dengan Nu'am. Esok, aku akan memberinya bilik Nu'am dan mengirimkan perabot ke sana dan juga pakaian dan segala sesuatu yang sesuai, sebagai penghormatan kepada Nu'am.”

Lalu saudara perempuan khalifah menyuruh mengambilkan makanan dan meletakkannya di depan khalifah, yang makan dan tetap duduk bersama mereka. Lalu dia mengisi cangkir dan memberi isyarat pada Nu'am agar menyanyi untuknya, Nu'am mengambil kecapi, setelah dia minum dua cangkir, dia menyanyikan syair-syair yang menyentuh perasaan.

Amirul Mukminin sangat senang, dan dia mengisi cangkir yang lain dan setelah memberikannya pada Nu'am, memintanya agar menyanyi lagi. Nu'am meminumnya hingga habis dan menyanyikan syair-syair yang menggembirakan.
Ketika khalifah mendengar syair Nu'am ini, dia berkata padanya, “Nu'am! Betapa indahnya bahasa yang kau ucapkan dan betapa fasihnya engkau!"

Mereka terus bersenang-senang sampai tengah malam, ketika saudara perempuan khalifah berkata, “Wahai Amirul Mukminin, aku ingin menceritakan padamu kisah yang pernah kudengar dari seorang tokoh terkemuka.”

Khalifah bertanya, “Seperti apakah kisah itu?"

Adiknya berkata, “Wahai Amirul Mukminin, konon hiduplah di kota Kufah seorang pemuda bernama Ni'ma Ibn Al-Rabi', dan dia mempunyai seorang gadis hamba yang dicintainya dan yang mencintainya pula.”

“Mereka telah dibesarkan bersama-sama di buaian yang sama, dan ketika mereka mencapai usia remaja, mereka jatuh cinta satu sama lain, tapi kehidupan mendatangkan kemalangan dan memperlakukan mereka dengan tidak adil dan menetapkan mereka untuk berpisah.”

“Sebab beberapa orang yang berhati busuk menipunya agar pergi dari rumah itu dan mencurinya dari sang pemuda, dan orang yang mencuri gadis itu menjualnya pada seorang raja seharga sepuluh ribu dinar. Gadis itu mencintai tuannya sebagaimana tuannya mencintainya.”

“Maka sang pemuda meninggalkan rumahnya dan keluarganya dan pergi mencari kekasihnya. Dia berusaha mencari jalan untuk mendapatkannya kembali, dan mencurahkan seluruh kekuatan dan mempertaruhkan nyawanya, sampai akhirnya dia berhasil.”

“Tapi tidak lama setelah mereka duduk berdua, datanglah raja yang telah membeli gadis itu dari orang yang telah mencurinya, dan dengan tergopoh-gapah raja memerintahkan agar mereka dihukum mati, tanpa mereka diberi kesempatan untuk diadili. Wahai Amirul Mukminin, bagaimana pendapatmu tentang tindakan raja yang tidak adil itu?”

Khalifah menjawab, “Ini adalah kisah yang aneh! Sepatutnya raja boleh mengampuni kerana dia juga boleh menghukum, sebab dia harus mempertimbangkan tiga faktor dalam kes mereka:
“Pertama, bahawa mereka saling mencintai; kedua, bahawa mereka ada di rumahnya dan tergantung pada belas kasihnya; ketiga, bahawa seorang raja harus adil dalam menangani perkara rakyatnya, terutama dalam masalah-masalah ketika dia secara peribadi terlibat. Raja tersebut seharusnya tidak bertindak sebagaimana layaknya seorang raja.”

Saudara perempuannya berkata, “Demi Tuhan di langit dan di bumi, mintalah Nu'am agar bernyanyi, dan dengarkan kata-katanya.”

Dia berkata pada Nu'am, “bernyanyilah untuk kami,” dan gadis itu menyanyikan syair ini dengan irama yang menyentuh hati: Nasib telah berkhianat,
seperti yang biasa dilakukannya,
Menyakiti hati, menghidupkan kesengsaraan
yang mengganggu,
Dan memisahkan sepasang kekasih
setelah mereka
Bersama-sama, dan menyebabkan
air mata mereka mengalir.
Kita bersama, dan hidupku sangat bahagia,
Sebab keberuntungan membuat kita boleh
saling memandang.
Maka kita akan meratapimu dalam kedukaan
kerana kehilanganmu
Dan memerah darah dan air mata,
menangis siang dan malam.

Ketika Amirul Mukminin mendengar ini, dia menjadi sangat senang, dan saudara perempuannya berkata padanya, “Wahai Amirul Mukminin, barangsiapa yang menetapkan hukuman bagi dirinya sendiri, harus melaksanakan dan membuktikan kata-katanya dengan perbuatan, dan engkau telah menetapkan hukuman bagi dirimu sendiri.”

Lalu dia berkata kepada Ni'ma, “Berdirilah, Ni'ma, dan engkau juga Nu'am.” Mereka berdua berdiri, dan saudara perempuan khalifah berkata, “Gadis ini, yang berdiri di hadapanmu, adalah Nu'am yang diculik, yang dicuri oleh Al-Hajjaj Ibn Yusuf Al-Tsaqafi dan diserahkan kepadamu, dengan berbohong dalam surat yang ditulisnya kepadamu, iaitu dengan mengatakan bahawa dia telah membelinya seharga sepuluh ribu dinar.

Pemuda ini pula adalah tuannya, Ni'ma Ibn Al-Rabi'. Aku mohon kepadamu atas nama yang terpuji dari nenek moyangmu yang mulia, supaya mengampuni mereka dan memberikan yang satu pada yang lain sebagai hadiah, agar Tuhan memberimu pahala atas perbuatanmu terhadap mereka, sebab mereka bergantung pada belas kasihmu, dan mereka telah makan dari makananmu dan minum dari minumanmu, dan aku jadi saksi bagi mereka dan memohon kepadamu untuk mengampuni nyawa mereka.”

Khalifah berkata, “Engkau benar; aku telah menetapkan hukuman dan aku tidak pernah menetapkan hukuman tapi kemudian mencabutnya kembali.” Lalu dia bertanya pada Nu'am, “Nu'am, inikah tuanmu?"

Gadis itu menjawab, “Benar, Amirul Mukminin.”

Dia berkata, “Jangan takut apa-apa, sebab aku memberikanmu kepadanya sebagai hadiah dan aku memberikannya kepadamu sebagai hadiah pula.” Lalu dia berkata, “Ni'ma, bagaimana engkau tahu di mana dia berada dan siapa yang membawamu ke tempat ini?"

Ni'ma menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, dengarkan cerita hamba, sebab demi nenek moyang paduka, hamba tidak menyembunyikan sesuatu pada diri paduka.” Lalu dia menceritakan pada khalifah semua peristiwa yang telah terjadi padanya, apa yang telah dilakukan doktor Parsi dan wanita pelayan itu dan bagaimana wanita tua itu membawanya masuk ke dalam istananya dan bagaimana dia sindiri salah memasuki pintu.

Khalifah kehairan-hairanan mendengar kisah itu dan berkata, “Bawa menghadapku doktor Parsi itu.” Maka mereka memanggilnya, dan khalifah menjadikannya salah seorang pegawai tinggi, memberinya jubah kehormatan, dan memberinya hadiah yang menarik, sambil berkata, “Barangsiapa datang berkerja dengan baik harus dilantik menjadi pegawai tinggi kami.”

Khalifah juga melayani Ni'ma dan Nu'am dengan ramah, memberi mereka hadiah-hadiah, dan juga pada wanita pelayan itu. Mereka tinggal bersamanya dalam kegembiraan dan kesenangan selama tujuh hari. Lalu Ni'ma meminta izin untuk kembali bersama Nu'am ke Kufah, dan khalifah mengizinkannya. Maka mereka menyiapkan perjalanan mereka, dan Ni'ma bertemu kembali dengan ayah dan ibunya. Mereka bersama-sama menempuh kehidupan yang paling bahagia hingga mereka harus menyerah pada pemisah kerabat dan penghapus kebahagiaan, iaitu maut.

Monday, April 13, 2009

TAG tetap TAG

Assalamualaikum.
buat adik Mastura.
maaf ye akak baru je nak menjawab tag yang dah berkurun nie

masa begitu terhad dan agak sibuk sikit..akak cubalah menjawab, ermm macam nak jawab exam je...hihihi


1)Do you think you're hot?
i think...tidak saya seorang yang......tapi bukan hot

2)Upload your favourite picture of you!






3)Why do you like that picture?
sebabnya..sebabnya dan sebabnya.....masjid tempat beribadah yg boleh menyejuk dan mendamaikan hati saya

4)When was the last time you ate pizza?
bila ye..saya pun tak tau la bila..

5)The last song you listened to?
lagu..lagu..lagu..hanya Tuhan yang tahu..

6)What are you doing right now besides this?
Emm.. mendengar dan mendengar..hihihi

7)What name would you prefer besides yours?
ermmmm tak lain dan tak bukan...BIDADARI KECIL kerana.......

8)People i tag..?
sapa yang saya nak kenakan nie...ermmmm

kak Siti
adik Dedi
adik Nur
adik arifah

sebenarnya nak letak lagi tapikan...biarlah rahsia


9)Who is number 1?
hihi.. itu kak Siti Hasliza atau Urduniah, akak kalau tersilap eja mintak maaf hihihi..
sbnya dah lama nak kenal dan akhirnya ku berjaya juga bersua dgnya hihihihi

10)Number 3 is having a relationship with?

adik Nur...dia ada sorang adik nie yg kenalkan..dia pandai nak tukaq templet nie
so dialah yg ajaq...syukran2 adik Nur.

11)Say something about number 5?
erm tak delah mungkin untuk tag akan datang

12)How about number 4?
adik Arifah..dia saya kenal di gn...ramai sangat sahabat adakalanya terlupa hikhik...

13)Who is number 2?
adik Dedi...dia saya kenal di gn..lama dah tak berhubung dgn dia, sibuk sikit skrng nie

14)Say something the person who tag you.
masturah..masih ingt kat kak bida..sejak kebelakangan nie jarang sungguh chat dgn dia...
masing2 sibuk..untuk adik ku masturah, jaga iman dan amal serta aurat mu ye dik moga Allah berkati hidupmu selalu..amin



Alhamdulillah...tamat sudah...
sbnya tak suka sngt bi,bi nie tapi tak pelah nak belajaq kan hiihihi.

Friday, April 10, 2009

Kepiluan Hati Seorang Gadis

Rithah Al- Hamqa

....i antara rumah-rumah penduduk Makkah, terdapat sebuah rumah di kawasan Bani Makhzum. Salah seorang penghuninya adalah seorang gadis. Ia dilahirkan dan membesar di Makkah. Gadis itu bernama Rithah Al-Hamqa.

Setelah usianya mencecah remaja, hatinya mula terbuka untuk menjalani kehidupan seperti lazimnya para wanita, iaitu mempunyai suami dan anak-anak. Dia sering melamun dan mengkhayalkan perkahwinan. Ia tidak ingin menjadi anak dara tua.

“Ah, betapa bahagianya... Orang akan beramai-ramai menghantarkan aku menuju rumah calon suamiku...,” begitulah yang kerap terlintas dalam lamunannya.

Dengan tidak sabar Rithah menanti hari yang dibayangkannya penuh keindahan dan kenikmatan itu. Di saat fikirannya penuh dengan segala khayalan dan lamunan, ayahnya yang bernama Umar membangkitkan harapan yang hampir hilang dari hatinya.

Kata ayahnya:
“Rithah, puteriku... aku akan mengunjungi berhala-berhala kita. Akan kuberikan dirham yang banyak kepada pengawalnya, dan akan kulumuri kedua kakinya dengan darah kambing yang gemuk, agar dia menjadi senang kepadamu, kemudian mengirimkan dua orang pemuda yang terhormat kepada kita untuk meminangmu.”

Kata-kata itu membangkitkan harapan baru dalam hati Rithah. Hari demi hari pun berlalu.

Selama itu pula Rithah selalu berdiri di depan cermin memandang dirinya sambil terus bertanya-tanya:
“Mengapakah sampai hari ini tidak seorang pun datang meminangku? Mengapa? Padahal, ayahku, mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia di tengah kaumnya, Bani Makhzum. Sedang aku sendiri... inilah wajahku, di sebalik kaca... Mengapa para pemuda tidak tergerak untuk mengahwiniku? Apakah aku kurang cantik?”
Soalan-solan itu selalu menghantui fikirannya. Hanya air mata yang mengalir dari kedua matanya, yang meringankan kesedihan dan beban yang dirasakannya.

Di saat bulan purnama

Tiba-tiba terdengar suara langkah yang berjalan mendekati biliknya. Dia segera mengusap air matanya. Orang yang datang itu ternyata ibunya sendiri. Selama ini pertemuannya dengan sang ibu sering kali justeru menambah kesedihan dan duka dalam hatinya. Ibunya mendekati Rithah. Dia menghulurkan tangan memeluk leher puterinya kemudian mendakapkannya ke atas pangkuan seraya berkata:
“ Tenanglah engkau, hai puteriku... seorang ahli nujum dari Thaif telah memberitahukan kepadaku bahawa kamu akan dibawa ke rumah pengantin pada saat bulan purnama.”

Rithah tersenyum. Di wajahnya terlukis harapan dan kegembiraan sekaligus, dan dia bertanya, “Benarkah apa yang ibu katakan itu?”

Ibunya menjawab, “Demi Tuhan, aku tidak memberitahukan kepadamu melainkan yang sebenarnya.”

Rithah menarik nafas, kemudian berkata, “Tetapi ibu tidak pergi bersamaku ke Thaif agar aku dapat bertemu dengan ahli nujum itu. Jangan-jangan ibu hanya bermaksud membangkitkan harapan dalam hatiku...”

Sambil mengusap wajah puterinya, sang ibu menjawab dengan meyakinkan agar puterinya merasa tenang dan percaya, “Aku telah menemuinya kelmarin di biaranya. Beberapa orang telah memikulnya untuk melakukan tawaf di Kaabah. Ketika selesai, dia merasa sangat haus, lalu pergi ke sumur zamzam untuk minum.

Ketika itulah aku cepat-cepat menyelipkan sekerat emas ke tangannya. Kutanyakan kepadanya tentang perkahwinanmu. Setelah mendongak ke langit dan mengamati bulan, dengan suaranya yang lemah ahli nujum itu berkata, “Perkahwinan akan terjadi di saat bulan purnama seperti ini!”

Belum selesai si ibu bercerita, wajah Rithah sudah berseri-seri penuh kebahagiaan. “Tuhan telah rela kepadaku. Tuhan akan mengirimkan orang yang akan mengahwiniku,” katanya dalam hati. Rithah berputar-putar dalam biliknya, menari penuh kegembiraan, sementara ibunya hairan melihat perbuatan puterinya itu. Tak lama, Rithah berhenti kemudian berkata, “Terima kasih, Tuhan, terima kasih...”

Tetapi, tepat disaat Rithah selesai mengucapkan terima kasihnya kepada Tuhan, dia mendengar ayahnya berkata, “Apakah yang terjadi, Rithah?”

Melihat itu ibunya cepat-cepat menuju ke pintu bilik dan berkata, “Rithah akan diiringkan ke rumah suaminya beberapa hari lagi!”

Kedua mata Umar merah dan kemarahan nampak jelas di wajahnya. Baginya, ucapan isterinya itu justeru merupakan serangan yang menyakitkan.

“Bagaimana mungkin Rithah akan diiringkan beberapa hari lagi tanpa dipinang dulu dariku?” katanya dengan nada keras.

Isterinya menjawab, “Tak apa-apa, wahai Umar!”

Mendengar jawapan itu, tiba-tiba Umar menampar isterinya hingga jatuh ke lantai. Melihat ibunya terjatuh, Rithah merasa seperti disambar petir yang menggelegar. Dia mendekati ibunya sambil menjerit, “Ibu, ibu...”

Masih dalam keadaan duduk sambil menahan rasa sakit, sang isteri berkata kepada suaminya, ”Apa yang engkau anggap salah itu, pada pendapatku, benar.”

Mendengar itu, semakin bertambahlah kemarahan Umar. Dia berkata, “Aku mengerti apa yang kamu katakan kepadanya. Kamu bermaksud membeli seorang suami untuk puteriku tanpa bermesyuarat denganku!”

Ucapan ayahnya itu menghunjam hati Rithah. Dia merasa seakan-akan hatinya ditusuk dengan sebuah pisau yang tajam. Hatinya resah, seolah-olah kehidupan telah tercabut dari dirinya. Di pihak lain, mendengar ucapan suaminya, dan melihat diri puterinya yang cemas, sang ibu menjadi bertambah bingung, tapi kemudian dia berkata, ”Suamiku, sesungguhnya apa yang aku katakan kepadamu sesuai dengan apa yang dikatakan kepadaku oleh seorang ahli nujum dari Thaif.”

Umar menarik nafasnya dalam-dalam dan berjalan ke arah puterinya yang tertekan perasaan sedih. Dia memeluk puterinya, dan berkata, “Tidak! Aku tidak percaya hal itu akan terjadi. Tidak, tidak!”

“Percayalah, hai anakku, ahli nujum Thaif itu tidak berdusta dan tidak mungkin salah!” ujar ibunya.

Demikianlah kedua orang tua itu bersahut-sahutan, hingga sedikit demi sedikit jiwanya yang sedang goncang dan bingung itu beransur tenang kembali.

Mengintip dari balik pintu

Matahari terbit, kemudian tenggelam. Rithah memasang kedua telinganya sepanjang hari. Dia memerhatikan setiap langkah yang mendekati rumahnya. Fikirnya, jangan-jangan itu langkah calon suaminya yang telah dijanjikan ahli nujum dari Thaif itu. Hari-hari berlalu, dan terasa begitu lama bagi Rithah. Dia merasa seakan-akan lehernya diikat dengan tali yang sangat kuat.

Malam pun tiba. Rithah naik ke atas rumah untuk memandang sudut Kaabah dan melihat orang yang sedang mengelilingi bangunan hitam itu. Mereka yang mengelilingi Kaabah itu terdiri dari lelaki dan perempuan. Mereka bergerak tiada hentinya.

Musim haji telah dekat, dan tamu-tamu datang ke Makkah dari setiap penjuru, sehingga jumlahnya menjadi sangat ramai. Orang-orang itu membawa hadiah-hadiah yang akan dipersembahkan kepada berhala-berhala yang di sekeliling Kaabah. Juga hadiah untuk penjaganya.

Melihat semua itu, timbullah pertanyaan dalam hati Rithah, “Apakah yang dikatakan oleh ahli nujum itu akan jadi kenyataan? Bukankah takdir dapat menarik salah seorang diantara para pemuda ke rumahku untuk meminang diriku?”

Rithah mendongakkan wajahnya ke langit. Bulan telah berubah mendekati kesempurnaannya. Beberapa malam lagi bulan akan sempurna menjadi purnama. Apakah harapan akan menjadi kenyataan? Apakah benar dia akan diiringkan beberapa hari lagi? Pertanyaan-pertanyaan itu selalu datang dan tidak diperolehinya jawapan selain keraguan dan kegelisahan.

Kini, bulan purnama telah sempurna, tetapi tidak sebuah “bintang” pun datang meminangnya. Tanpa diketahuinya, sang ibu mendekatinya. Saat itu Rithah sedang menenggelamkan wajahnya ke atas pangkuannya sendiri kerana sedih. Kemudian Rithah mengangkat kepalanya dengan berat untuk mendengar ibunya berkata, ”Ahli nujum Thaif itu tidak berdusta, anakku.”

Rithah balik bertanya, ”Bila tidak berdusta, mengapa tidak datang juga orang yang akan mengahwiniku? Tidak ada orang yang seumurku ini belum kahwin!”

Sambil memegang kepala puterinya, sang ibu berkata, “Nanti kamu akan kahwin juga, anakku, ketika bulan purnama telah sempurna.”

Mendengar itu Rithah berteriak, “Bulan purnama telah sempurna, ibu!”

Ibunya menjawab,”Perkahwinanmu tidak harus terlaksana pada bulan ini, boleh terjadi pada bulan mendatang atau bulan yang seterusnya lagi.”

Rithah segera berkata, “Aku tidak percaya! Aku tidak percaya!” Dan dia mengulang-ulangi perkataan itu. Ketika telah habis suaranya kerana berteriak, barulah dia merasakan ketenangan yang mendalam, seperti ketenangan orang yang telah mati.

Selama berlangsungnya “drama” kesedihan Rithah itu, sang ayah dengan setia mengintip dari balik pintu. Hatinya sedih melihat penderitaan anak dan isterinya. Dia tidak sampai hati melihat apa yang menimpa diri puterinya itu.

Dipinang pemuda kacak

Matahari terbit, kemudian tenggelam. Siang dan malam berlalu, sedang Rithah tidak juga berubah. Satu-satunya perubahan, ayahnya kini telah tiada, meninggal dunia setelah menderita sakit beberapa hari, dan ayahnya meninggalkan harta warisan yang banyak untuk dia dan ibunya. Akan tetapi, apakah ertinya harta jika keinginannya untuk bersuami tidak terlaksana? Hari demi hari berlalu, dia tetap merasa sedih dan wajahnya selalu nampak gelisah.

Ahli nujum dari Thaif itu telah berdusta, begitu juga ahli nujum lain yang dia datangi bersama ibunya yang selalu menyelipkan wang ke tangan mereka, kemudian mereka memberitahukan dengan kata-kata yang manis dan menyampaikan harapan-harapan kosong, fikir Rithah.

Rithah bertanya kepada dirinya sendiri, “Berapakah usiaku sekarang? Empat puluh tahun? Tidak! Bahkan lebih dua tahun! Tidak! Sebenarnya kurang dari itu...,” begitulah hatinya bergejolak.

Selama ini, ibunya selalu berusaha meringankan beban penderitaannya, dan bersamaan dengan pertanyaan-pertanyaan yang menusuk hatinya itu, seolah-olah pisau yang tajam, ibunya berkata, ”Betapa banyak wanita yang lebih tua darimu, akhirnya kahwin juga, Rithah.”

Suatu pagi, ketika matahari telah menyinari pergunungan dan bukit bakau di Makkah, pintu rumah Rithah diketuk orang. Ibunya, yang usianya sudah lebih dari tujuh puluh tahun, segera bangun untuk membukakan pintu. Betapa terkejutnya dia, kerana yang datang adalah saudara perempuannya sendiri. Telah lama tidak pernah dilihatnya, kerana saudaranya ini tinggal di perkampungan Bani Tamim. Dan di sebelah saudara perempuannya itu, dia melihat seorang pemuda yang usianya mendekati dua puluh tahun. Ibu Rithah segera memeluk saudara perempuannya. Saudara perempuannya menyuruh puteranya masuk sambil berkata kepada ibu Rithah, “Ini anakku, Sukhr.”

Mendengar nama Sukhr, Rithah segera bangkit, dan hilanglah rasa malas dari dirinya. Dia tak sabar ingin mengetahui, siapakah Sukhr, yang datang ke rumahnya itu.

“Ini adalah Sukhr, putera ibu saudaramu, Rithah.”

Melihat semua itu, mulalah muncul berbagai pertanyaan di hati Rithah: Mungkinkah pemuda kacak yang jauh lebih muda dari dia itu datang untuk meminangnya? Apakah semua yang dikatakan oleh ahli nujum dari Thaif dan ahli-ahli nujum yang lain itu akan menjadi kenyataan? Namun, lamunan Rithah segera hilang ketika dia mendengar suara Sukhr berkata, “Selamat saudaraku.”

Rithah menjawab terbata-bata, ”Selamat datang untukmu.”

Perempuan itu bersama puteranya tinggal di rumah Rithah hanya sebentar. Mereka datang untuk meminang Rithah. Dan menurut rancangan, perkahwinan akan dilaksanakan sebulan lagi.

Meskipun demikian, hati Rithah masih saja selalu bertanya-tanya. Mengapa sebelum ini tidak datang seorang pun untuk mengahwininya? Kini, ibu saudaranya, yang sebelum ini tak pernah dilihatnya, datang bersama puteranya yang kacak dan mengatakan akan menetap ke Makkah bersama Rithah setelah perkahwinannya nanti.

Di perjalanan pulang menuju perumahan Bani Tamim, ibu Sukhr sentiasa berbicara untuk meneguhkan tekad anaknya agar melangsungkan perkahwinan dengan Rithah. Dia berkata, ”Memang Rithah tidak cantik, tetapi hartanya banyak.”

“Apakah yang mengharuskan aku mengahwininya, ibu?”

“Hartanya yang banyak akan membuat kamu menjadi kaya raya. Kamu dapat menjadi seorang saudagar besar. Setelah itu, dengan kekayaanmu, engkau boleh kahwin lagi dengan wanita lain. Kamu bebas melakukan apa saja kehendakmu. Tetapi yang penting, jangan engkau biarkan kekayaan Rithah itu terlepas dari tanganmu!” jawab ibunya dengan penuh semangat.

Waktu terus berjalan. Ibu Rithah meninggal dunia sebelum melihat putera saudaranya itu melangsungkan perkahwinannya dengan Rithah. Kini Rithah hidup seorang diri di rumahnya dengan penuh kesedihan. Hatinya bertanya-tanya, apakah putera ibu saudaranya akan datang mengahwininya sesuai dengan janjinya dahulu. Ataukah itu hanya tipu muslihat belaka?

Tetapi, tidak lama setelah itu, datanglah perempuan itu bersama puteranya, Sukhr, untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Rithah. Mereka sebenarnya berbahagia atas kematian ibu Rithah, kerana mereka merasa akan lebih mudah untuk menguasai harta Rithah.

Hari demi hari berganti, tetapi Rithah tak kunjung merasakan kebahagiaan hidup bersuami, padahal dia telah menjadi seorang isteri. Tidak ada orang lain yang tinggal di rumah itu selain dia dan suaminya, Sukhr. Mereka tinggal berdua.

Rithah pergi menemui berhala-berhala di Kaabah untuk mempersembahkan korbannya, kerana harapannya telah jadi kenyataan. Sepulangnya dari Kaabah, dilihatnya wajah Sukhr, suaminya nampak bersedih. Rithah menghampirinya dan berkata, ”Apa yang membuatmu sedih, Sukhr?”

Sukhr menjawab, “Tidak ada apa-apa, tidak ada apa-apa...”

Tetapi Rithah makin mendekat, dan dengan penuh kasih sayang dia berkata, ”Tidak mungkin! Tentu ada sesuatu yang kamu sembunyikan. Seminggu sejak perkahwinan kita hingga hari ini, belum pernah kulihat wajahmu bersedih seperti sekarang.”

“Aku merasa bosan!” jawab Sukhr.

Ucapan Sukhr dirasakan Rithah laksana petir yang menyambar.

“Begitu cepatnya, Sukhr, kamu merasa bosan kepadaku?” Kata Rithah tanpa sedar.

Tetapi Sukhr dengan tenang menjawab, “Bagaimana aku akan memiliki sesuatu, sedang kamu adalah isteriku dan anak saudara ibuku?”

Rithah berkata kepadanya, “Kalau begitu, kamu harus mengatakan, apakah yang menyusahkanmu?”

Sukhr berkata, “Aku ingin pergi ke Syam untuk berdagang agar kita mendapat keuntungan yang banyak.”

“Apakah yang mendorongmu untuk itu, padahal ayahku meninggalkan untuk kita berdua harta yang begini banyak?” Tanya Rithah.

“Aku tak mahu menjadi beban bagi seseorang,” Jawab Sukhr.

“Tetapi kamu tidak menjadi beban bagiku, kerana kamu adalah suamiku. Hartaku adalah hartamu juga..,” Kata Rithah.

Tetapi Sukhr berkata, “Kalau begitu, berilah aku wang untuk mempersiapkan kafilah ke Syam.”

Rithah memandangi suaminya. Dengan nada sedih, lalu dia berkata, “Kamu akan meninggalkan aku, Sukhr?”

“Aku akan meninggalkanmu sebulan atau dua bulan, kemudian kembali ke sisimu untuk selama-lamanya,” Jawab Sukhr.

“Bila berangkat?” Tanya Rithah.

“Beberapa hari lagi,” Jawab Sukhr.

Menangis siang dan malam

Sudah cukup lama Sukhr berangkat, tapi tak kunjung pulang. Sebulan, dua bulan bahkan tiga bulan berlalu. Rithah kemudian mencari Sukhr. Dia bertanya kepada setiap penduduk Makkah yang datang dari Syam, dan mereka menjawab,”Sukhr tidak pergi dengan kafilah mana pun.”

Rithah mula merasa khuatir: apakah yang telah menimpa Sukhr? Matikah dia atau terbunuh? “Tidak!... Tidak!” demikian Rithah berteriak untuk menjauhkan perasaan yang bukan-bukan dari dirinya. Setelah berfikir sejenak, dia memutuskan akan pergi ke perkampungan Bani Tamim untuk mencari maklumat tentang suaminya yang telah lama menghilang.

Namun, betapa kecewanya hati Rithah ketika berjumpa dengan Sukhr yang dengan tergagap-gagap menyatakan kepadanya bahawa wangnya telah dicuri orang.

Rithah bertanya, “Mengapa kamu tidak kembali untuk memberitahukan hal itu kepadaku?”

Sukhr menjawab,”Untuk apa aku harus memberitahukannya kepadamu, sedang kamu tak mungkin lagi menjadi isteriku. Lagi pula, bagaimana jiwa mudaku dapat tumbuh subur dengan wanita tua seumpama kamu...!” Lalu Sukhr pergi meninggalkan Rithah seorang diri.

Saat itu Rithah merasa seakan bumi telah menggoncangkannya dan menjadi kiamat. Segala sesuatu menjadi gelap dalam pandangan kedua matanya. Akan tetapi dia tetap mencari Sukhr. Dia terus bertanya tentang Sukhr kepada kaumnya. Dia mendapatkan jawapan bahawa Sukhr kini diasingkan oleh teman-temannya dan diusir, kerana telah melakukan sesuatu yang tidak disenangi. Meski demikian, Rithah masih bertanya,”Di mana dia sekarang?” Seseorang memberitahunya bahawa Sukhr kini hidup bersama orang-orang miskin yang diasingkan kaumnya kerana kejahatan yang telah mereka lakukan.

Rithah kemudian kembali ke Makkah dengan membawa kesedihan. Ketika sampai di rumahnya, dia menutup pintu kemudian menangis. Dia terus menangis siang dan malam memerah air matanya sendiri. Sejak itu dia tak mahu makan dan minum.

Namun, tiba-tiba tangannya meraih sepotong roti yang sudah kering. Rupa-rupanya, keinginannya untuk hidup masih lebih kuat daripada keinginannya untuk mati. Tetapi, kenikmatan hidup apakah yang dirasakannya? Sebatang kara, dan sedih kerana harapannya yang musnah ...

Suatu hari, tangannya meraih alat pemintal yang biasa digunakan oleh ibunya untuk memintal sutera. Dengan jari-jarinya dia mula memutar alat itu. Dia memintal sepotong bulu domba dan setelah selesai menyusunnya kembali. Kemudian memintalnya lagi dan begitu terus-menerus. Tiga kali, empat kali dan... tanpa disedarinya malam telah menjadi larut.

Rithah berdiri, berjalan dengan malas menuju lampu minyak dan kemudian menyalakannya. Kedua matanya terpaku memandang bulu domba yang telah dipintalnya sambil bertanya-tanya dalam hati, ”Untuk siapakah dia memintal? Apakah dia kekurangan harta, padahal Sukhr telah banyak mencuri hartanya tetapi hartanya masih banyak juga. Apakah dia menenunnya untuk membuat pakaian? Untuk siapa pakaian itu? Untuk dirinya, agar dia dapat berhias diri? Tetapi untuk siapa dia berdandan? Untuk suaminya? Bukankah suaminya telah menipu? Untuk anaknya? Bukankah dia tak mempunyai anak? Kalau begitu, untuk siapa?”

Pertanyaan-pertanyaan itu seolah-olah petir yang memekakkan kedua telinganya. Tanpa disedari, dia menjulurkan kedua tangannya meraih benang-benang yang telah dipintalnya sepanjang hari itu, kemudian menceraikannya kembali satu persatu... Kemudian dia tidur di atas permaidani.

Pagi harinya, dia kembali berkeinginan untuk memintal. Dia meraih alat pemintal dan mula memintal. Jika telah selesai, dia memandang hasil pintalannya seperti orang gila. Dia diam sejenak, kemudian dia mengangkat kepalanya, bangun dan keluar dari rumah dengan membawa sekantung wang untuk membeli benang sebanyak-banyaknya. Tetapi, apakah gunanya memintal benang sebanyak itu?

Dia juga menemui gadis-gadis untuk disuruhnya memintal, dan mereka diberi upah masing-masing satu dirham. Setiap pagi gadis-gadis itu datang ke rumah Rithah, sementara Rithah duduk di tengah-tengah mereka, kemudian memintal bersama-sama.

Apabila telah selesai, sebelum matahari terbenam, Rithah membayar upah mereka. Sesudah gadis-gadis itu pulang, mulalah dia meraih hasil tenunan tadi, kemudian menceraikannya kembali dalam kegelapan. Rithah merasa bahawa dunia telah menghancurkan segala harapan dan keinginannya.

Itulah akhir kisah Rithah.

Tuesday, April 7, 2009

Kesihatan Ku




Beberapa minggu kebelakangan ini kesihatan ku begitu menyesakkan..
apakah ini dugaan untuk ku menempuh hari mendatang..
atau ada maksud di sebalik semua ini...


namun..
kuterima dugaan ini dengan sabar
untuk meneruskan kehidupan di atas bumi Allah ini
walaupun kekuatan ku berkurangan
fikiran ku tak henti berfikir dugaan apakah ini???
hanya Allah mengetahui segalanya..Allahuakhbar


hanya doaku seiring dengan perjalanan hidupku
sehingga hari ini..
masih adakah esok untukku merasai liku hidup ini..
andai ini hari terakhir ku, ku bersyukur kerana
Allah telah beri ku merasai nikmat dunia yang hanya sementara..
andai perjalanan ku masih jauh..
ku pohon Ya Allah, Kau redhai hidupku
moga ku dapat meneruskan perjalanan hidupku ke tempat yang kekal abadi
dengan rahmatMu


Tuesday, March 31, 2009

**Mata pena

assalamualaikum...
mata penaku menari lagi hari ini ....
selalu datang ziarah saja di blog sendiri, tapi hari ini
mata penaku ingin menari sedikit..

apa kaba agaknya sahabat-sahabatku yang berada di kejauhan..
moga sihat hendaknya..baru-baru ini ada sahabat lama datang menjelma..
dengar-dengar ramai sahabatku yang meneruskan pengajian, ALHAMDULILLAH..
teruskan usaha anda dalam mencari ilmu...

dua minggu yang lepas, fmly ku pergi melawat adik, dengar-dengar dia nak p luar negara,
lama tu setahun....lama gak la tak jumpa dia, kalau pergi jauh lagi la lama tak jumpa tak pa ku doakan dia selamat di negara orang...amin

kepada sahabat-sahabat baru ku...syukran kerana sudi ziarah blogku...
ermmmm bila gaknya tulisanku nak tersiar lagi di blog nie ya..
.....

kepada semua sahabat-sahabat ku yg sedang menant exam...jawab betul-betul na..stdy molek-molek..bittaufiq wannajah fil imttihan...

***jumpa lagi di mata penaku yang akan datang..

bidadari





















Saturday, March 14, 2009

**Lelaki terpuji

Oleh Diyanah Anuar
Tip contohi peribadi Rasulullah SAW dalam hidup jejaka

DALAM meniti kehidupan, tentu pernah terlintas dalam hati lelaki untuk menjadi individu hebat. Bukan sekadar dilihat hebat oleh wanita, malah dikagumi lelaki lain.

Namun, untuk memenuhi definisi mahupun klasifikasi lelaki hebat bukanlah mudah. Antara kriteria yang perlu dipenuhi ialah keperibadian dan personaliti cemerlang. Namun, bagi segelintir pihak, soal kriteria dianggap terlalu subjektif.
Sehubungan itu, dalam membentuk peribadi dan personaliti hebat, lelaki cenderung menjadikan individu lain sebagai idola. Bagi lelaki muslim, tidak perlu berfikir panjang kerana idola yang harus dicontohi semestinya Nabi Muhammad SAW. Sebagai insan pilihan Allah, Rasulullah saw memiliki sifat terbaik seorang manusia.

“Rasulullah SAW dianggap insan kamil (sempurna). Maka sebagai seorang lelaki, beliau juga pastinya lelaki sempurna.

“Sifat yang ada pada Rasulullah saw harus menjadi ikutan umat Islam kerana apa saja sifat positif, ada pada Baginda,” kata penceramah, Akhil Hayy.
Akhil juga mengendalikan program diskusi agama, Cafe Akhil Hayy di saluran Astro Oasis.

Kata Akhil, ramai mengakui Rasulullah saw adalah contoh terbaik. Namun yang menjadi persoalan - sebagai lelaki mampukah kita mencontohi sifat nabi junjungan?

“Kehebatan Rasulullah SAW mampu menggalas tanggungjawab sebagai penghulu, pemimpin, pemerintah, tempat rujukan, bapa, suami dan banyak lagi tanggungjawab dalam satu masa.

“Bukan untuk mengingatkan orang lain tapi juga, diri saya sendiri. Memang sukar menjadi sempurna seperti Rasulullah saw. Tetapi kita dituntut berusaha mencontohinya. Lelaki bersifat seperti inilah sebenarnya maskulin, tampan, macho dan gentleman,” kata beliau.
Sempena sambutan Maulidur Rasul lusa, kolum Tanya Pakar merujuk Akhil untuk berkongsi sifat terpuji Baginda dan tip mencontohi keperibadian Rasulullah SAW...

Lelaki sering dikaitkan dengan tanggungjawab sebagai pemimpin. Bagaimana sifat dan amalan Rasulullah SAW boleh dipraktikkan lelaki?

Dalam kepimpinan, Rasulullah saw lengkap dengan sifat siddiq (bercakap benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (kebijaksanaan). Jika setiap lelaki memiliki keempat-empat sifat ini, bermakna mereka memiliki ciri yang seharusnya dipunyai seseorang pemimpin.

Namun, ada masanya, seseorang yang diberi amanah sebagai pemimpin terpedaya dengan godaan hawa nafsu hingga gagal melaksanakan tanggungjawab sepatutnya sebagai pemimpin.

Oleh sebab itu, seseorang yang bergelar pemimpin perlu sentiasa merujuk kepada empat sifat mulia ini. Apakah mereka sebagai pemimpin, memiliki dan melaksanakan keempat-empat sifat ini?

Dalam Al-Quran, sudah dinyatakan setiap lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Tanggungjawab seorang lelaki sebagai pemimpin pula amat berat. Mereka bukan hanya perlu memimpin satu pihak saja, tapi banyak pihak.

Justeru, seseorang lelaki mesti mengambil berat soal kesempurnaan pelaksanaan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin kerana semua ini akan dihitung di akhirat nanti. Kalaupun seseorang lelaki itu cukup amal ibadatnya, namun tanggungjawabnya tidak dilaksanakan dengan sempurna, beliau tetap perlu menanggung balasannya.

Bagaimana seseorang lelaki harus menjadikan Nabi SAW sebagai ikutan dalam konteks menjadi anak yang baik?

Jika kita rujuk kepada sirah, Nabi Muhammad SAW membesar sebagai anak yatim piatu. Hidupnya juga serba kekurangan, namun keadaan itu tidak membataskan dirinya untuk menjadi manusia cemerlang.

Iktibar dari kehidupan Baginda antaranya ialah sedangkan Baginda tidak dapat merasai kasih sayang ibu bapa dan hidup serba kekurangan mampu menjadi menjadi manusia hebat dan pemimpin ulung, apatah lagi kita yang masih mempunyai ibu bapa dan membesar dalam kehidupan yang selesa dan cukup serba-serbi ini.

Bagaimana pula contoh sifat Rasulullah sebagai suami?

Dalam soal perkahwinan, memang ramai lelaki mahu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW. Namun, apa yang patut dicontohi sifat Baginda sebagai seorang suami ialah bagaimana Baginda memimpin isterinya. Ini termasuk bagaimana beliau sentiasa mewujudkan hubungan baik dan mesra dengan isterinya.

Mungkin kisah sahabat Nabi, Saidina Umar Al Khattab pada zaman pemerintahan beliau (Umar) boleh dijadikan panduan. Suatu hari, seorang lelaki ingin berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu mengenai isterinya yang sering membebel.

Namun, ketika beliau mahu bertemu Saidina Umar di rumahnya, beliau terdengar dari luar, isteri Saidina Umar sedang membebel. Namun, tidak terdengar pula suara Saidina Umar ‘membalas’ bebelan isterinya itu.

Melihat keadaan itu, lelaki berkenaan membatalkan hasratnya untuk mengadu masalahnya kerana memikirkan, khalifah seperti Umar pun dibebel isteri. Apatah lagi lelaki biasa seperti beliau. Kemudian, apabila bertemu semula dengan Saidina Umar, beliau bertanya, mengapa membiarkan isterinya membebel kepadanya.

Lalu, Saidina Umar menjawab, “Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku, rumah tangga kami. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku,”.

Ini menggambarkan betapa kesabaran harus menjadi sifat yang perlu ada pada seseorang suami dalam memastikan kebahagiaan rumah tangga. Hendak menegur kesalahan isteri juga perlu dilakukan secara berhikmah.

Setiap lelaki harus ingat, bermula saat diijab kabul dengan seseorang wanita, merekalah yang perlu menggalas tanggungjawab terhadap isteri hingga meninggal dunia.

Apa agaknya panduan menjadi bapa mengikut modul amalan Rasulullah SAW?

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam situasi sekarang memang agak tinggi cabarannya. Dalam mendidik anak-anak, apa yang kita boleh lihat contoh sifat Rasulullah sebagai bapa adalah, Baginda menjadi rakan kepada anak-anaknya.

Dengan cara itu kita dapat lebih memahami anak-anak. Dalam pada itu, sikap tegas juga perlu dipraktikkan dan bila anak-anak sampai ke sesuatu peringkat umur, ajar mereka untuk melaksanakan ibadat.

Apa persepsi baginda mengenai golongan wanita?

Pada zaman jahiliah, kedudukan wanita sering diletakkan pada tahap yang rendah dalam masyarakat. Hanya selepas kedatangan Islam, wanita diangkat martabatnya. Hak wanita juga dipelihara. Seperti yang saya katakan, lelaki dipertanggungjawab membimbing golongan wanita, bukan merosakkan.

Paling penting, ingatlah, apa yang dikatakan paling menggembirakan Rasulullah adalah wanita solehah.

Apabila diberikan kerja dan tanggungjawab, lazimnya lelaki akan merasa beban untuk menyempurnakannya. Apakah contoh sifat Baginda yang boleh dicontohi dalam melaksanakan tugas?

Rasulullah, apabila menerima sebarang amanah atau tanggungjawab, Baginda akan melakukan yang terbaik. Selepas melakukan yang terbaik, tapi masih tidak memperoleh hasil seperti yang diinginkan, barulah Baginda berserah kepada Allah SWT.

Maksudnya, kita sebagai manusia, mesti berusaha paling maksimum dalam melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan. Selebihnya, kita serahkan kepada Allah SWT untuk menentukan. Jangan pernah ada sikap putus asa. Apa yang utama dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah keberkatan yang dapat kita peroleh daripadanya.

Mengapa agaknya, kita sering lupa untuk mencontohi sifat dan keperibadian Rasulullah dalam menjalani kehidupan sedangkan ia adalah contoh terbaik?

Masyarakat kita ini, apabila berlaku masalah atau kepincangan dalam masyarakat, rata-ratanya lebih suka menuding jari kepada orang lain dan menuduh orang lain yang menjadi punca terjadinya masalah itu.

Jarang kita hendak periksa, apakah tindakan yang kita lakukan sebagai satu jemaah dalam menangkis semua punca masalah yang berlaku dalam masyarakat. Siapa yang membenarkan pengaruh negatif dari luar masuk ke dalam jiwa masyarakat kita?

Kita sendiri yang sebenarnya gagal untuk menghadapi perang yang paling besar iaitu hawa nafsu. Antara penyebabnya adalah sikap kita yang terlalu membudayakan agama, yang mana kita cuma rujuk kepada agama dalam sesetengah perkara saja sedangkan Islam itu adalah suatu cara hidup!

Oleh itu, tidak seharusnya kita menjadikan pihak lain sebagai alasan kegagalan kita sendiri. Padahal, kita sudah ada contoh terbaik (ajaran Rasulullah SAW) untuk diikuti tapi kita sering terleka dan memilih contoh yang tidak sepatutnya.

Lelaki kerap dikaitkan dengan sifat ego mereka. Mungkin ada kisah Nabi berhubung soal ego ini yang boleh dijadikan panduan?

Jika dapat kita kaitkan dengan persoalan ego lelaki ini, dalam satu kisah, Nabi bermusafir di sebuah kawasan yang didiami puak Arab Badwi. Kemudian, untuk menuju ke satu tempat yang lain, Nabi memilih sebuah laluan jalan berbanding jalan lain yang ada.

Seorang lelaki dari puak Arab Badwi ini bertanya kepada Baginda, adakah pemilihan laluan ini berdasarkan wahyu daripada Allah? Nabi menjawab, tidak. Lalu, lelaki berkenaan berkata, beliau sudah lama mendiami kawasan berkenaan dan beliau lebih tahu mengenai selok-belok jalan di situ lantas menunjukkan jalan yang sepatutnya dilalui.

Kalau adanya sifat ego pada Rasulullah SAW, sebagai seorang Nabi dan juga pemimpin disegani, sudah tentu Nabi menolak pendapat yang diusulkan lelaki berkenaan. Tapi, Nabi menerima pendapat lelaki berkenaan dan mengikut jalan yang dinyatakan beliau.

Moralnya di sini, kita sebagai lelaki tidak perlulah ego tidak bertempat. Perlu juga ada 'give and take'.

Janganlah sampai tidak boleh ditegur atau dikritik langsung. Kuasa atau kedudukan sebagai lelaki sepatutnya digunakan untuk membendung sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.
**pagi nie hati saya tertarik untuk membaca paper ( berita harian).
jadi saya ingin berkongsi bersama sahabat .

Friday, March 13, 2009

**MAHALNYA PERKAHWINAN BILA ADA KETENANGAN



“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan "rumahku syurgaku", kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz.

Ketenangan memang dicari-cari oleh manusia. Bagi seorang lelaki misalnya, apabila hendak mendirikan rumah tangga, fitrah hatinya inginkan seorang wanita yang solehah sebagai teman hidup kerana, menurut Dr. Shafie, “wanita solehahlah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. ”

Isteri yang solehah, ujarnya, akan menjana aktiviti amal soleh di dalam rumah tangga yang menjadi saluran Allah datangkan ketenangan atau kehidupan yang baik.
Firman Allah: “Siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…”
(An-Nahl: 97)

Isteri yang solehah juga menyejukkan pandangan mata, sekaligus menenangkan jiwa.
“Dalam berumah tangga, kita hendakkan kehidupan yang lapang dan tenang. Tapi kenapa rumah tangga jadi sempit?” soal Dr. Shafie, pengasas Kaedah Al-Huffaz, teknik mudah menghafaz al-Quran.

Beliau berkata, sempitnya rumah tangga disebabkan kita tidak ikut formula yang Allah beri dalam mengatur kehidupan. “Dalam memberi ketenangan, Allah tidak beri begitu saja. Ada formula, ada peraturannya,” ungkapnya dalam pertemuan di pejabatnya di Taman Nirwana, Ampang, Selangor.

Jelas Dr. Shafie, secara umumnya hati akan tenang bila ingat Allah. “Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,” demikian maksud firman-Nya (Ar-Ra’d: 28). Di dalam solat, kita memohon melalui bacaan al-Fatihah, “Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat …”.

Nikmat adalah sesuatu yang setiap orang suka dan ia boleh menenangkan hati atau memberi kebahagiaan. “Tetapi dalam realiti,” terang Dr. Shafie, “orang hanya melihat nikmat itu ada pada harta, isteri, anak-anak.”

“Ada yang banyak harta, banyak anak tapi tak bahagia. Kalau semua yang kita miliki itu dapat mendorong kita melakukan amal soleh, barulah ia menjadi sumber kebaikan (dan ketenangan),” jelasnya, merujuk pada amal kebaikan yang dilakukan dalam keadaan beriman iaitu yakin kepada Allah dan ganjaran di akhirat.

Allah menjelaskan, “Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.” (Thaha: 124)

Oleh itu, kehidupan yang sempit selepas kahwin adalah natijah dari tidak mengikut aturan Allah dalam mengatur rumah tangga, termasuklah seawal memilih jodoh lagi. “Kadang-kadang sudah bagus dalam memilih pasangan tapi di hari perkahwinan banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberi efek kepada perkahwinan,” katanya, memberi contoh amalan bersanding, unsur muzik dalam majlis walimah, mahar yang menyusahkan dan sebagainya.

Dr. Shafie berkata, “Mesti balik kepada formula yang digariskan oleh agama. Kalau tidak, kita akan membinasakan diri kita.” Katanya, rumah tangga yang baik tidak akan lahir jika agama hanya diletakkan sebagai satu segmen kecil dalam kehidupan. Sedangkan, menurutnya, agama Islam itu ad-deen – formula kehidupan.

“Melalui agama, semua formula kehidupan Allah sudah ajar kepada kita,” katanya. “Dalam kehidupan ini setiap sesuatu ada formulanya,” tambahnya, dengan memberi contoh perlunya kita ikut resipi jika hendak buat kuih.

Katanya, Allah telah memberi formula melalui sabda Nabi-Nya, kalau berkehendakkan kehidupan yang baik, rumah tangga yang balik, pilihlah calon pasangan yang beragama. “Manusia memang sukakan kecantikan, tapi asas pemilihan nombor satu mesti agamanya. Agama itu mencetuskan ketenangan,” katanya.

Dr. Shafie berkata, jika formula dari Allah ini dituruti dalam mendirikan rumah tangga bermula dari pemilihan jodoh lagi, dari situlah tercetusnya ketenangan yang akan menjadikan mahalnya sebuah perkahwinan.

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" (Imam Nawawi)


Friday, February 27, 2009

**Hari yang penuh hikmah dan kesabaran

assalamualaikum...
selamat ulang tahun bidadari
hehehhe
syukur ku ucapkan kerana umurku masih ada untuk meniti liku-liku hidup yang penuh onak dan duri ini...
semoga Allah berkati umurku sehingga hari ini....
syukran juga buat umi dan abah kerana berpenat lelah menjaga dan mendidik ku hingga saat ini....
ku doa hari-hari ku akan datang dengan gembira dan sentiasa dalam redha Allah serta tidak leka dalam mengharungi liku-liku di dunia dalam menuju jalan yang kekal abadi...
dalam meniti hari-hari gembira disaat ini....tiba-tiba....
handphone ku hilang...hehehheh
tapi tak pe mungkin tak de rezki...
buat sahabat-sahabat yang membaca doakanlah supaya hp bidadari dipulangkan...
kalau tak de tu tandanya bukan rezki bida....
gembira-gembira selalu...

Thursday, February 19, 2009

**"IBU" atau "PASANGAN?"? ?

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu


Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..


Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu



Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu...... ..Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Renungkan :-

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu
bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"

Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku
boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh
ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah,
al-fatihah, al-fatihah.

--