Dunia….dunia..dunia
Dunia yang tidak adil atau manusia yang tak pernah adil sesame sendiri
Dunia yang hanya sementara ini selalu menduga manusia
Adakala membuat manusia terleka asal usulnya
Dan adakala, manusia juga tidak pernah bersyukur dengan nikmatNYA
Semua yang terjadi ada sebab musababnya
Mengapa begini dan mengapa begitu
Namun manusia tidak menyedari yang mereka di uji
Ujian itu adakala membuat manusia tertewas
Bila hati menjadi panas
Tidak menyedari apa yang diperkatakan
Tidak menyedari apa yang difikirkan
Tidak menyedari ape yang dilakukan
Namun mengapa ramai manusia yang sering membakar
Bukan menyejukkan
Wahai manusia sdarlah
Jika berkata-kata itu membuat hati terluka,berdiamlah
Jika perlakuan mu membuat hati terasa,berhentilah
Jika senyap mu membuat hati derita, bersuaralah
Kerana aku ingin kau tahu aku juga manusia, mempunyai hati yang sungguh rapuh
Tapi aku masih bersyukur kerana akau masih ada Allah yang satu,tempat ku mengadu
Ketahuilah
Kabahagian terhasil bukan disebabkan wang yang banyak
Pangkat yang tinggi
Kereta dan rumah mewah
Teman lelaki
Namun kasih sayang,hidup bersederhana dan keredhaan allah cukup ku rasakan untuk bahagia