Saturday, December 13, 2008

**13 disember 2008





Surat tawaran yang ku genggam ku renung kembali. Masih adakah waktu untuk ku teruskan pelajaran. Nasihat dan dorongan dari umi dan abah buat ku menjadi kuat walaupun ku tahu sudah terlewat untuk ku meneruskan pelajaran. Rakan-rakan yg sebaya dengan ku sudah pun hampir habis membuat diploma tapi aku…….bila ku fikir umur tidak menjadi halangan.


Dengan keputusan SPM yang begitu memuaskan ku berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA. Takut, sedih, macam2 macam lagi yang ku rasa. Inilah kali pertama ku berjauhan dengan umi dah abah. Demi masa depan ku gagah jua melangkah.




**************************************************************


Setelah lebih kurang 5 jam perjalanan akhirnya sampai juga aku di tempat kuliahku. Selesai pendaftaran, nie la mase menyedihkan untuk berpisah dengan keluargaku. Air mata ku tidah boleh dibendung lagi,malu je mase tu. “ dah la jangan nangis nant kan balik rumah bukan tak balik” umi ku bersuara. Ermm.. aku terpaksalah hentikan tangisan sebab aku tak nak mereka risau, uishhh dalam hati ALLAH je yang tahu betapa sedihnya aku.


Setelah semuanya pulang tinggallah aku dengan barang-barang ku. Haha macam nak lari dari rumah, biasalah tak penah merantau jauh.




Minggu orentasi begitu menyesakkan dadaku. Penat, letih semua rase. Aku nie memang pendiam, Cuma boleh masuk dengan rakan-rakan yang betul-betul memahami. Rakan sebilikku, sha…..dia baik, pandai, Cuma aku kurang bercakap tapi kami boleh la duduk berbual-bual. “ asal mane, saya org pahang” tegurnya pada ku selepas habis orentasi pertama. “ asal johor” jawabku….memang kami betul tak ada masa untuk berborak sisebabkan minggu orentasi yang padat.



“ habis jugak orentasi nikan, sekarang mase kita untuk merenung buku pulak” kata ku pada sha di suatu petang.


“ betul lah, minggu yg memenatkan tu dah habis pun, boleh la kita tidur puas-puas ” jawabnya denga gelak kecil.


“malam nie nak kena pegi pusat islam, nanti kita pegi saing ye” kata ku padanya

Anggukkan sha buat ku paham…



Lepas ini banyak perkara yang perlu aku harungi...perlu jumpa kawan baru..perlu belajar benda baru…Ya Allah Kau tenangkanlah jiwa hambaMu ini.


Ini la masa yang ku tunggu berada di Pusat Islam sambil mendengar Tazkirah. Ku lihat ramai kakak yang memakai tudung labuh..ermm ku fakir di sini tak boleh berpakaian sebegitu. YA ALLAH ampuni dosa-dosa ku.



Tazkirah Perhiasan yang menjadi dambaan..

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.


Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?




Seawal 4.30pagi aku bangun untuk siapkan diri menghadap Allah supaya jiwa ku tenang sentiasa, tahajud,hajat, taubat..menitik sedikit air mataku mengenangkan diriku yang hina ini. Ku lihat sya lena diulit mimpi.. YA ALLAH mengapa ku masih tidak mampu untuk menarik sahabat-sahabatku ke jalan Mu desis hati kecil ku. Selesai solat subuh ku menyiapkan diri untuk ke kuliah.


“ aisyah nant kita saing ye pergi kuliah “ Tanya sya pada ku



“ boleh sya ape salahnya nant aisyah tunggu sya ye” jawabku



Nama kami yang hampir sama membuatkan kami payah untuk memanggil sesame sendiri. Namanya siti syafiqah binti mohd idris dan namaku pula siti aisyah syafiqah binti mohd zikri. Tu namanya jodoh dapat jadi kawan sebilik. Ku tersenyum sendiri.


“ ape yang awk senyumkan tu aisyah ingat kat pakwe ke” usik sya



“ ish awak nie kesitu pulak, sya boleh tak kalau saya panggil awak fiqah” tanyaku

“ boleh ape salahnya” jawabnya ringkas


************************************************************************************

Sudah sampai masa aku dan fiqah perlu ke kuliah. Jauh juga berjalan baru ku sampai ke tempat kuliah ku. Bila ku langkah kaki ke dalam dewan kuliah semua mata melihatku. Malunya aku, nasib baik belum ramai pelajar lain. Hari nie kena berkumpul di dewan dahulu untuk pembahagian kelas. Ku ambil tempat di bahagian hadapan, bersebelahan dengan kawan-kawan yang lain. Aku sememangnya tak berapa reti nak berbual Cuma dengan sahabat-sahabt yang satu fakir je yang membolehkan aku tersenyum. Ku nantikan pembahagian kelas dengan sabar. Tiba-tiba bahuku dicuit, kutoleh muka ku ke belakang. Huluran tangan kusambut.




“ ape kaba? Saya yati” katanya

“saya aisyah, sambil tersenyum memandangnya” belum pun sempat ku habiskan kata-kata pensyarah sudah pun masuk.



Setelah pembahagian kelas kami beredar untuk mencari bilik kuliah masing-masing. Ku berjalan beriringan dengan yati, Alhamdulillah kami sekelas. Dengan penampilan ku yang sebegini susah untuk rakan-rakan rapat dengan ku mungkin mereka tak suka. Sampai ke bilik kuliah aku duduk dengan yati. Memang banyak mata yang memandang, aku rasa aku takdelah pakai baju koyak. Pelik betulah.

***bidadari kecil

No comments: