
"Hidup Memerlukan pengorbanan Pengorbanan Memerlukan Perjuangan Perjuangan Memerlukan Keyakinan Keyakinan Menentu Kejayaan Kejayaan Membawa Kebahagiaan"
Friday, March 2, 2012
JUMAAT MENJELMA LAGI

Wednesday, April 6, 2011
Siapalah aku
Hatiku merintih lagi
Pada siapa aku harus mengadu
Hidupku tak segembira dulu
Adakala hatiku menagis sendiri
Salah siapa sebenarnya ini
Aku,dia atau orang sekelilingku
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kenapa Allah duga aku sebegini
Aku tak kuat untuk menghadapi
Aku tak nak melakukan dosa disebabkan ini
Ya Allah Bantu hambaMU ini
Berikan kekuatan dan kesabaran padaku
Aku tak kuat untuk bertahan
Tiada siapa yang boleh mendengar rintihanku dengan jelas
Tempat ku berpaut dan berlindung masih belum kuat untik memautku ketepi
Hatiku terasa,derita,terluka namun tiada siapa yang mengetahui
Apa harus ku lakukan
Sampai bila akauu harus bersedih sebegini
Sampai bila harus ku pujuk hati sendiri
Sampai bila harus kutelan yang pahit
Sampai kini aku masih mencari
Aku redha dengan ketentuanMU YA ALLAH
Namun ku tak mampu mengharunginya
Aku sedar aku hamper-hampir mengalah
Ya Allah bantu aku
Mudahkan mereka untuk memahami diriku yang hina ini
Aku sudah tidak terdaya lagi untuk menangis
Hati ku sudah tidak berairmata
Andai esok aku tidak bernafas
Aku ingin mereka tahu
Aku seorang insane yang hatinya rapuh
Mudah terasa
Mudah mengalirkan air mate
Dan banyak perkara yang ku pendam tapi aku tidak kesampaian untuk meluahkan
Demi menjaga hati insane bernama manusia
Dan aku juga ingin mereka tahu sehingga saat ini tiada insane yang memahami diriku
Wednesday, March 23, 2011
Serasa
Dunia….dunia..dunia
Dunia yang tidak adil atau manusia yang tak pernah adil sesame sendiri
Dunia yang hanya sementara ini selalu menduga manusia
Adakala membuat manusia terleka asal usulnya
Dan adakala, manusia juga tidak pernah bersyukur dengan nikmatNYA
Semua yang terjadi ada sebab musababnya
Mengapa begini dan mengapa begitu
Namun manusia tidak menyedari yang mereka di uji
Ujian itu adakala membuat manusia tertewas
Bila hati menjadi panas
Tidak menyedari apa yang diperkatakan
Tidak menyedari apa yang difikirkan
Tidak menyedari ape yang dilakukan
Namun mengapa ramai manusia yang sering membakar
Bukan menyejukkan
Wahai manusia sdarlah
Jika berkata-kata itu membuat hati terluka,berdiamlah
Jika perlakuan mu membuat hati terasa,berhentilah
Jika senyap mu membuat hati derita, bersuaralah
Kerana aku ingin kau tahu aku juga manusia, mempunyai hati yang sungguh rapuh
Tapi aku masih bersyukur kerana akau masih ada Allah yang satu,tempat ku mengadu
Ketahuilah
Kabahagian terhasil bukan disebabkan wang yang banyak
Pangkat yang tinggi
Kereta dan rumah mewah
Teman lelaki
Namun kasih sayang,hidup bersederhana dan keredhaan allah cukup ku rasakan untuk bahagia