Saturday, January 17, 2009

**Ibu ku sayang

21 feb 1985
lahirlah seorang bayi begitu comel
menjadi permata hati ibu
menjadi pengubat penat lelah ibu selepas penat bekerja
menjadi harapan ibu satu hari nanti

ibu sanggup bersengkang mata di tengah malam untuk menjaga bayi ini
supaya tidak dihinggapi seekor nyamuk pun
ibu sanggup bersandar dikatil sahaja kerana takut tidak terjaga bila mendengar bayi ini menangis
walaupun waktu tidur ibu tidak cukup tapi dia akan pastikan tidur bayi ini cukup kerana itu sudah cukup menjadi dirinya tersenyum
itulah ibu

dari tapak kaki bayi ini boleh digenggam oleh tangan
ibu sudah mula berbicara dengannya

"nak cepat besar nant boleh tolong ibu"

itu harapanya sejak mula
inginkan bayi ini membantunya bila sudah besar

21 feb 1995
bayi ini sudah besar
hilai tawanya memecahkan kesepian rumah
ini lah bayi harapan ibu

waktu ini
ibu tidak pernah letih menghantar dan menjemputnya dari sekolah
ibu tak pernah merungut menyediakan masakan untuknya kerana takut anaknya itu kelaparan
ibu tak pernah bersungut untuk mencari rezeki hanya dengan menjual kuih diwaktu pagi semata-mata mencari rezki untuk membesarkan anak ini
dan dia berbicara dgn anaknya

"nak belajar pandai-pandai ye"

harapanya nak anaknya itu pandai

21 feb 2002
anak ini sudah meningkat remaja
cantik dan manis menjadi permata hati ibu
solehah dgn didikan yg ibu beri

waktu ini ibu mengharap anak remajanya lebih berjaya
waktu ini ibu sudah tidak berdaya lagi
masih menjual kuih diwaktu pagi
dan waktu ini juga anak remajanya sudah mula berfikir

"ibu kali ini biar anak ibu bantu ibu buat kerja rumah ye"

menitis airmata ibu bila anaknya bersuara
harapanya selama ini sudah menampakkan hasil

"ibu anak ibu dapat no 1 dalam kelas"

ibu semakin sedih
harapan nak tgk anaknya berjaya sudah tercapai


21feb 2005
anak ibu sudah semakin besar
sudah menjadi wanita solehah dan menjadi buah hati ibu

"ibu anak ibu dapat melanjutkan pelajaran di IPTA"

ibu rasa gembira tetapi
masa inilah ibu risau akan anaknya
kerana risau akan dunia luar
bolehkah anaknya menjaga dirinya

"ibu jgn risau anak ibu nie akan jaga diri dan akan menjadi anak solehah untuk ibu"

sejuk hati ibu mendengar
penantian ibu selama ini semakin membuahkan hasil

21 feb 2008

anak ibu sudah tamat pengajian
masih macam dulukah dia
masih wanita solehah ke dia

"ibu jangan risau anak ibu tetap macam dulu dan bawa balik segulung diploma"

deraian air mata ibu membasahi pipi
tidak terkata hatinya untuk mengambarkan kegembiraan
*************************************************************************************

ibu kaulah ratu hati ku
kaulah semangat ku sehingga ke hari ini
tanpamu tiadalah aku di muka bumi Allah ini

ibu kasih mu tidak ade tolok bandingnya
hanya kau ibuku yg satu
pengorbananmu akan ku balas dengan

menjadi hamba Allah yang solehah
~sentiasa patuh dengan ajaran islam
~aurat dijaga, pergaulan dibatasi
~sentiasa mendampingi al-quran

menjadi anak solehah
~sentiasa patuh nasihat mu
~sentiasa mengembirakan mu
~sentisa menjaga nama baik mu

menjadi remaja yg solehah
~menjadi sahabat yang baik
~menjadi contoh kepada remaja lain
~sentiasa beringat akan usia remaja

menjadi isteri yang solehah
~patuh perintah suami
~menjadi isteri yg sentiasa membawa kegembiraan dan menyenangkan
~menjadi isteri contoh


ibu akan ku beri kegembiraan untuk mu selagi tidak terlarang
terima kasih ibu kerana pengorbanan mu

~IBU KAULAH RATU HATI KU SELALU~