Friday, February 27, 2009

**Hari yang penuh hikmah dan kesabaran

assalamualaikum...
selamat ulang tahun bidadari
hehehhe
syukur ku ucapkan kerana umurku masih ada untuk meniti liku-liku hidup yang penuh onak dan duri ini...
semoga Allah berkati umurku sehingga hari ini....
syukran juga buat umi dan abah kerana berpenat lelah menjaga dan mendidik ku hingga saat ini....
ku doa hari-hari ku akan datang dengan gembira dan sentiasa dalam redha Allah serta tidak leka dalam mengharungi liku-liku di dunia dalam menuju jalan yang kekal abadi...
dalam meniti hari-hari gembira disaat ini....tiba-tiba....
handphone ku hilang...hehehheh
tapi tak pe mungkin tak de rezki...
buat sahabat-sahabat yang membaca doakanlah supaya hp bidadari dipulangkan...
kalau tak de tu tandanya bukan rezki bida....
gembira-gembira selalu...

Thursday, February 19, 2009

**"IBU" atau "PASANGAN?"? ?

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu


Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..


Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu



Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu...... ..Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Renungkan :-

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu
bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"

Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku
boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh
ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah,
al-fatihah, al-fatihah.

--

**JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Tuesday, February 17, 2009

**salam ziarah

assalamualaikum buat semua sahabatku...
lama dah rasanya tak menarikan pena di blog nie..
kepada semua sahabat yang berkesempatan menziarahi blog nie,
syukran...
dan syukran juga di atas kata-kata yang di berikan..


di kesempatan ini ingin ku mengirimkan sesuatu buat semua sahabat ku yang
menyambut hari lahir di bulan february..


-SELAMAT HARI LAHI-
ku doakan semoga kalian semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki
dan doaku juga semoga umur mu berkat dan hidupmu di redhai sehingga ke usia mu kini
INSYAALLAH


**bidadari

**Ilmu sekadar untuk di kongsi


Pagi semalam dengar radio ikim, ustaz Zawawi
citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum"
dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg
penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi
wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita
berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye"
contoh lerr ...
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah
berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"
dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui
tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah
kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna
dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot'
yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum",
kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari
perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA
KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA
ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA
DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....


Monday, February 2, 2009

**novel

semalam pg beli novel di harris
ermmm cari novel tapi tak de
esok-esok nant cari lagi
tak dapat satu novel tapi borong 3 novel



nak tau novel ape

**DI ATAS SEJADAH CINTA

**SALJU SAKINAH

**KETIKA CINTA BERTASBIH 1



semua novel ni ditulis oleh penulis novel ayat-ayat cinta yang
dulunya stdy di Cairo...cuba teka????
dan salju sakinah di tulis oleh ZAID AKHTAR


**DI ATAS SEJADAH CINTA

novel nie menarik,banyak dapat dipelajari dan di buat renungan
menyatakan betapa indahnya cinta kepada Allah
andai kita tahu bagaimana di akhirat kelak pasti kita tidak akan leka sedikit pun di dunia dalam mengingati Allah
bagaimana indahnya islam,bagaimana doa boleh menjadi senjata org mukmin
andai kita tahu pasti kita akan merintih,rindu untuk bertemu dengan Maha Pencipta


ermm dua lagi tak baca,so tak dapat nak buat ringkasan
lagi satu semalam ade juga beli doa yang selalu di amalkan oleh Nabi S.A.W
boleh dijadikan amalan selepas solat wajib ataupun sunat
dan dimana-mana sahaja tempat yang tidak terlarang kerana untuk berdoa bukan hanya selepas solat mahupun masa sedih waktu gembira pun boleh berdoa tanda syukur kita kepada Allah



jom tambahkan ilmu dengan membaca bukan setakat novel islamic tapi tak salah kalau baca buku-buku motivasi,doa2 untuk tambahkan ilmu
ayuh ubah langkah sahabatku untuk mencari permata yang masih berciciran



bidadari***